Kira-kira 30 ribu orang rakyat Jepun berhimpun di hadapan kongres di Tokyo semalam untuk membantah beberapa skandal kerajaan yang didedahkan baru-baru ini, dan menuntuk Perdana Menteri Shinzo Abe dan kabinetnya meletakkan jawatan.
Seorang ibu muda yang membawa anaknya dalam perhimpunan itu ketika diwawancara menyatakan, tindakan jabatan kerajaan yang memalsukan dokumen rasmi mencerminkan Jepun bukan lagi negara yang ditadbir mengikut undang-undang. Orang dewasa bertanggungjawab menuntut negara menjamin hak untuk tahu warga negara.
Kadar sokongan kabinet Abe banyak menurun hingga ke 38.4% berikutan beberapa skandal didedahkan baru-baru ini.