Cari:
Pembaharuan Struktur Ekonomi China Pendorong Perdagangan Global
2018-04-15 15:57:39 CRI Cetak

Transformasi struktur ekonomi China yang beralih dari bergantung pada pelaburan kepada penjanaan penggunaan turut memberikan manfaat kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih kuat dan peningkatan perdagangan global.

Demikian kandungan laporan Data dan Prospek Perdagangan Dunia yang dikeluarkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Khamis lalu.

Menurut data WTO, kadar sumbangan pelaburan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah menurun daripada 55% pada tahun 2013 kepada 32% pada tahun 2017, manakala kadar penggunaan meningkat banyak.

Menurut pegawai Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Liang Guoyong, penggunaan memainkan peranan lebih penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi bermakna bahawa pertumbuhan ekonomi semakin mampan dan inklusif, dan ini juga mencerminkan permintaan terhadap import semakin meningkat. China selaku entiti ekonomi kedua terbesar di dunia terus meningkatkan penggunaan dan import akan menjadi pendorong demi pertumbuhan perdagangan global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China