Sama seperti Krismas bagi orang Barat, Festival Musim Bunga merupakan hari perayaan yang paling penting dalam setahun bagi orang China. Walaupun cara merayakan Festival Musim Bunga telah banyak berubah berikutan perubahan zaman, namun ia tetap merupakan hari perayaan yang terpenting dalam kehidupan orang China.
Difahamkan Festival Musim Bunga China sudah bersejarah lebih 4 ribu tahun. Pada mulanya, ia tidak dinamakan Festival Musim Bunga dan tarikhnya juga belum ditetapkan. Sampai tahun 2100 sebelum Masihi, nenek moyang orang China menjadikan masa bintang Musytari bergerak satu lingkaran sebagai satu tahun, dan pada waktu itu, hari perayaan ini dinamakan Tahun. Pada tahun 1913, orang China mengubah nama Tahun sebagai Festival Musim Bunga, hari perayaan ini bererti perayaan tuaian makmur.
Berjaga sepanjang malam pada hari terakhir tahun lama menurut takwim imlek China merupakan tradisi lama dari orang China. Pada malam hari terakhir tahun lama, sekeluarga berkumpul makan malam bersama. Walaupun banyak lauk-pauk yang enak dipersembahkan dalam makan malam hari itu, tetapi tauhu dan ikan tidak dapat dikurangkan, kerana bunyi tauhu dan ikan dalam bahasa Mandarin adalah sama dengan "kaya" dan "kelebihan". Di bahagian utara China, hampir semua keluarga makan pangsit. Lepas makan malam, sekeluarga berbual-bual, makan pelbagai jenis barang makanan hari perayaan, menonton TV dan membakar mercun, generasi tua akan memberikan angpau kepada kanak-kanak. Suasana hari perayaan sangat menggembirakan.
Pada 1 hb bulan 1 imlek China iaitu Tahun Baru China, semua orang memakai pakaian hari perayaan menjemput sanak saudara dan tetamu atau menziarahi sanak saudara dan sahabat. Mereka saling menyampaikan selamat Tahun Baru China dengan gembira.
Pada tempoh Festival Musim Bunga China, banyak pementasan kesenian akan dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan kesenian di pelbagai tempat China. Stesen Televisen Pusat China iaitu CCTV setiap tahun menyiarkan Malam Gembira Festival Musim Bunga, beberapa ratus juta rakyat China menonton rancangan khas CCTV yang terkenal ini. Selain kumpulan-kumpulan kesenian China, banyak kumpulan kesenian luar negeri juga mempersembahkan acara pementasan yang menarik untuk rakyat China pada hari perayaan tradisional ini misalnya tarian balet dari Rusia, simfoni dari Britain, muzik kampung dari Amerika Syarikat dan lain-lainnya. Pementasan menarik tersebut telah banyak menyemarakkan suasana hari perayaan.
Dalam tempoh Festival Musim Bunga China, "pesta perayaan" tradisional diadakan di pelbagai taman di China. Dalam "pesta perayaan" tradisional, banyak acara hiburan diadakan antaralain opera tempatan, tarian Yangge, tarian berkaki kayu, Wushu dan main silap.
Dalam beberapa tahun belakangan ini, cara merayakan Festival Musim Bunga dari rakyat China juga telah mengalami perubahan. Orang muda berminat dengan "menyampaikan selamat Tahun Baru Imlek menerusi internet" atau mengambil foto dengan kamera digital dan menyampaikan foto itu kepada sahabat menerusi internet. Semakin banyak rakyat China bersiar-siar ke luar negeri dalam tempoh Festival Musim Bunga.