Cari:
Adat Resam Perkahwinan Jinhua Zhejiang yang Istimewa
2009-02-10 15:16:06 CRI Cetak

Di tempat yang berbeza terdapat adat resam yang berbeza di China. Adat resam perkhawinan di Jinhua, provinsi Zhejiang China terdapat adat resam yang istimewa.

Ketika bertemu dengan pemuda, menurut adat resam tempatan di Jinhua, seseorang gadis akan merebus telur, jika dia suka pada lelaki itu. Sebaliknya, jika dia tidak suka pada lelaki itu, dia akan menghidangkan telur goreng. Bagi pemuda pula, kalau dia suka pada gadis itu, dia akan makan dua biji telur yang direbus itu. Sebaliknya, jika dia tidak berkenan, dia tidak akan makan telur rebus itu.

Selepas kedua-dua keluarga berpuas hati, masing-masing akan menulis dan bertukar meklumat tentang nama, tempat lahir, keadaan 3 generasi yang lalu, nama dan jawatan mereka. Keluarga pihak lelaki akan menghantar surat, iaitu surat yang mengandungi maklumat tentang masa dan tempat kelahiran pemuda itu kepada keluarga gadis tersebut dan mengambil balik surat berkaitan itu daripada keluarga gadis itu. Seterusnya, kedua-dua keluarga akan mengkaji waktu kelahiran tersebut untuk mengetahui adakah mereka sesuai berkahwin atau tidak.

Setelah kedua-dua keluarga bersetuju dengan perkahwinan itu, mereka akan mengadakan acara pertunangan dan saling memberikan hantaran kahwin. Pada masa silam, hantaran kahwin ini biasanya merupakan barangan daripada kulit haiwan dan sulaman. Pada zaman dinasti Han, hantaran kahwin ini biasanya berupa wang, dan sekarang ini, hantaran ini terdiri daripada pelbagai jenis barang berdasarkan kemampuan keluarga. Pasangan yang sudah bertunang ini dianggap sebagai suami isteri yang sah, dan orang lain tidak boleh masuk meminang lagi.

Selepas pertunangan dan sebelum hari perkahwinan, kedua-dua keluarga akan saling memberikan hadiah pada hari raya. Tarikh perkhawinan akan ditetapkan oleh ahli fikir.

Satu atau dua hari sebelum upacara perkhawinan diadakan, pihak pemuda akan memberikan sumbangan kepada pihak wanita untuk mengadakan jamuan. Ahli keluarga kedua-dua pihak akan memberikan hadiah, termasuk, wang, makanan, pakaian dan lain-lain kepada pengantin baru itu.

Sehari sebelum upacara perkahwinan diadakan, keluarga pihak wanita itu perlu memperlihatkan hantaran pihak perempuan berdasarkan kemampuan keluarganya. Selimut, sepasang bantal, perabot seperti almari dan meja merupakan barang-barang yang mesti ada.

Pada masa silam, menjemput pengantin perlu menggunakan tandu perkhawinan yang diangkat oleh 8 orang atau 4 orang. Sebelum memasuki tandu, pengantin mendandan diri sendiri. Pada tengah harinya, keluarga pengantin perempuan akan mengadakan jamuan untuk tetamu dan anggota keluarga pihak lelaki.

Pengantin perempuan akan menyatakan terima kasih kepada ayah dan ibunya sebelum menaiki tandu. Ketika akan berangkat, keluarga wanita selalunya akan menangis dan bersalam-salaman dengan wanita itu. Pengantin juga akan turut menangis.

Selepas tiba di rumah keluarga lelaki, mereka akan mengikuti upacara perkahwinan dan bersembahyang kepada langit dan bumi, nenek moyang serta ibu bapa, lalu pasangan tersebut saling bersalam. Selesai upacara ini, pengantin perempuan akan dihantar ke bilik pengantin lelaki. Oleh sebab kakinya tidak boleh memijak lantai, maka mereka perlu berjalan di atas guli dan tikar. Kononnya, ini bertujuan supaya si isteri boleh melahirkan anak yang banyak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China