Cari:
Mandi di Kolam Air Panas di Bahagian Utara China pada Musim Sejuk
2009-02-24 18:32:48 CRI Cetak

Ketika musim sejuk melanda China, beberapa kawasan dilitupi salji, yang menyebabkan cara pelancongan diatur sehingga membolehkan pelancong menikmati suasana panas dan baru. Kini, berkunjung ke mata air panas menjadi cara pelancongan yang paling popular di pelbagai tempat China. Khususnya di bahagian utara China, bertandang ke beberapa kawasan kolam air panas semakin mudah dengan harga yang berpatutan.

Salah satu kolam air panas yang terkenal ialah Huaqingchi yang terletak di bandar Lintong, Provinsi Shaanxi, di bahagian barat laut China. Kolam air panas itu telah wujud lebih 6000 tahun dan pernah disediakan khusus kepada keluarga maharaja. Air panas ini mempunyai julat suhu 43°C sepanjang tahun dan sangat jernih. 

Pada setiap tahun, lebih sejuta pelancong China dan luar negara datang ke Lintong untuk menikmati air panas di Huaqingchi. Sebenarnya, mandi di kolam air panas, ialah sejenis cara penggunaan yang baru, dan diterima oleh orang ramai pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, pelancong yang mengunjungi Lintong lebih menggemari cara pelancongan yang "lebih berzat" berbanding dengan cara pelancongan yang "tidur ketika menaiki kereta, dan mengambil gambar ketika kereta" berhenti.

Selain pelancong dari tempat lain, penduduk tempatan Lintong juga suka mandi di kolam air panas ke Huaqingchi. Walaupun hampir setiap keluarga sekarang mempunyai alat pemanasan air, namun mereka lebih suka berbelanja dan mengajak beberapa kawan untuk pergi ke Huaqingchi menikmati "perkhidmatan keluarga diraja".

Menurut penyelidikan sains, mata air panas Huaqingchi mempunyai 47 jenis mineral dan unsur surih. Ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan sangat sesuai bagi rawatan ketika.

Kini, Huaqingchi telah meneroka beberapa aktiviti pelancongan tentang kebudayaan mata air panas, seperti pameran terbuka tentang warisan dan sejarah mata air panas. Huaqingchi akan memperluas kawasannya ke arah utara dan berusaha memulihkan tempat itu kembali seperti wajah Huaqinggong pada zaman Dinasti Tang. Selain warisan mata air panas, Huaqingchi juga menyediakan beberapa aktiviti hiburan yang pernah dipopularkan pada era Dinasti Tang, seperti bermain polo. Aktiviti tersebut akan melengkapi isi warisan pelancongan Huaqingchi, dan juga memenuhi keperluan orang ramai daripada pelbagai lapisan. 

Xianyang, bandar kuno yang terletak lebih 60 kilometer dari Huaqingchi. Bandar itu juga merupakan destinasi yang baik untuk mandi di kolam air panas. Mandi di kolam air panas bukan sahaja merupakan sejenis cara hiburan yang baru, tetapi juga bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan.

Di Beijing, tempat-tempat yang seumpama itu mencatat puluhan buah. Daripadanya, mata air panas yang terbaik kesan kesihatannya mungkin ialah mata air panas Xiaotangshan. Mata air panas Xiaotangshan terletak di bahagian utara Beijing. Airnya sangat jernih dan berbeza dengan mata air panas biasa. Warna air mata air panas biasa selalunya keruh dan berbau sulfur. Mata air panas Xiaotangshan dikenali sebagai "sup emas" di kawasan utara China. 

Mata air panas itu mempunyai 8 buah kolam air panas. Ada kolam renang yang besar, juga ada kolam yang kecil, yang hanya sesuai untuk 3 hingga 4 orang. Pada musim sejuk, mandi di kolam air panas merupakan cara menikmati kesegaran yang berbeza.

Betul, berendam dalam kolam air panas, dan menikmati pemandangan salji pada musim sejuk amat menyeronokkan! Air panas membolehkan tubuh badan dan hati berasa lega daripada kelesuan. Bersama-sama dengan beberapa kawan mandi di kolam air panas, menikmati salji turun, minum wain, dan berbual-bual adalah sangat baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China