Cari:
Kampung Gunung Jinuo
2009-03-06 16:50:56 CRI Cetak

Kampung Gunung Jinuo terletak di Xishuangbanna, Provinsi Yunnan. Kampung ini merupakan tempat tinggal bagi etnik Jinuo sejak turun-temurun. Jumlah orang etnik Jinuo tidak banyak, dan kebanyakan mereka tinggal di sini. Terdapat lebih 17000 orang etnik ini yang tinggal di lebih 40 buah kampung di sini.

Gunung Jinuo dikenali dengan nama Gunung Youle pada masa silam. Ia juga merupakan satu daripada 6 buah gunung pengeluar teh yang terkenal di China pada waktu itu. Etnik ini ialah sebuah etnik yang mempunyai sejarah yang begitu lama. "Jinuo" asalnya bernakna "mengikut bapa saudara", tetapi lama-kelamaan ertinya berubah menjadi "etnik yang memuja bapa saudara". Pada tahun 1979, etnik diisytiharkan sebagai etnik ke-55 di China. Orang Jinuo mempunyai bahasa sendiri, iaitu suatu cabang daripada bahasa China-Tibetan tanpa huruf. Maka, itulah orang Jinuo, biasanya membuat catatan dengan mengukir pada buluh atau kayu.

Mengapa orang Jinuo menyebut dirinya sebagai keturunan bapa suadara? Ini bermula daripada sebuah legenda lama etnik ini.

Menurut legenda itu, pelbagai bencana telah berlaku di dunia pada suatu masa yang silam, dan hampir semua manusia terbunuh. Hanyak dua beradik, Ma Hei dan Ma Niu yang mendapat bantuan dewi pencipta dunia, Amoyaobei, yang terselamat di dalam sebuah tong yang diperbuat daripada kulit lembu. Mereka terpaksa berkahwin dan melahirkan anak supaya manusia dapat berkembang terus, dan merekalah, kononnya, nenek moyang orang etnik Jinuo. Itulah sebabnya, orang Jinuo menganggap diri mereka keturunan bapa suadara atau etnik yang memuja bapa saudara.

Muzik tradisional etnik Jinuo bermacam-macam. Lagunya berupa balada, lagu kampung, lagu menyambut perkahwinan, lagu kanak-kanak dan lain-lain. Alat muzik merka yang istimewa ialah hap mulut, bitulu (seruling 2 lubang dan Er Hu), Qike (yang terdiri daripada 7 batang tiub buluh dan boleh mengeluarkan bunyi 7 nada kromat), Saitu (dram bes) dan lain-lain. Orang Jinuo sangat suka menyanyi dan menari. Mereka mempelajari lagu-lagu tradisional sejak kecil lagi. Apabila dewasa, mereka akan menyanyi dengan lirik yang lebih baik.

Orang etnik Jinuo sangat pandai menyulam dan menenun. Wanitanya selalu menyulamkan bunga yang indah pada pakaian, beg, sapu tangan dan tali pinggang yang diberikan kepada kekasih mereka.

Kaum Jinuo memuja matahari. Pada baju dalam mereka disulam corak dan gambar gaya matahari. Pada barang hiasan utama, beg yang digunakan untuk membezakan kampung mereka daripada yang lain, itu juga disulam dengan gambar matahari. Gendang Matahari ialah alat istiadat penting bagi kaum Jinuo, manakala Tarian Matahari pula adalah tarian lambang kaum ini. Bentuk Gendang Matahari ini seperti matahari, dan dimasukkan 17 batang tiub kayu di sekelilingnya untuk melambangkan sinar matahari. Orang Jinuo akan memainkan gendang ini pada hari terakhir menyambut Tahun Baru China untuk mendapatkan kebahagianan. Dalam pelbagai bidang kehidupan kaum Jinuo ini, kelihatan ketulusan hati mereka, dan pemujaan mereka terhadap matahari.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China