Cari:
Beberapa Program Pelancongan Utama di Provinsi Hubei
2009-06-25 16:46:07 CRI Cetak

Provinsi Hubei merupakan sebuah provinsi pelancongan yang terkenal di China, kerana terdapat destinasi pelancongan dan tinggalan sejarah seperti Tiga Gaung Sungai Yangtze, Zon Perlindungan Alam Shennonja dan Gunung Wudang. Beberapa program pelancongan yang menarik perhatian pelancong disediakan oleh Provinsi Hubei.

Beberapa tahun yang lalu, apabila projek Tiga Gaung mula dibina, banyak destinasi pelancongan di Tiga Gaung Sungai Yangtze ditenggelami air. Tetapi, hakikatnya, destinasi pelancongan di Tiga Gaung Sungai Yangtze sama sekali tidak akan terjejas oleh projek tersebut, dan pemandangannya tetap indah seperti pada masa dahulu.

Setelah projek Tiga Gaung siap dibina, walaupun paras air meningkat, namun, disebabkan gunung-gunung di lembah Tiga Gaung ini tingginya seribu meter lebih dari paras laut, maka pemandangannya tidak terjejas. Projek ini hanya menjejaskan sedikit pemandangan di lembah kawasan empangan. Tetapi, keadaan ini mewujudkan pula beberapa destinasi pelancongan yang baru. Oleh itu, pelancongan ke Tiga Gaung tetap mempunyai daya tarikan. 

Ada satu pepatah China yang terkenal yang berbunyi: terdapat tiga jenis manusia di Hubei, iaitu cendekiawan, wanita cantik dan orang hutan. Cendekiawan yang diruju di sini ialah Qu Yuan, penyajak yang paling awal dalam sejarah China yang hidup lebih 2300 tahun yang lalu. Wang Zhaojun pula iaitu wanita cantik yang juga hidup pada masa dahulu, dia telah berkahwin dengan ketua etnik minoriti padang rumput di utara China untuk memelihara perpaduan bangsa. Kononnya, orang hutan pernah ditemui di Zon Perlindungn Alam Shennonja di barat laut Provinsi Hubei. 

Shennongja ialah kawasan hutan dara yang terpelihara dengan baik. Hutan ini mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah, tetapi penuh misteri. Pada musim bunga, bunga azalea akan bermekaran di kawasan pergunungan yang luasnya beribu-ribu hektar, dan para pelancong seolah-olah berada di taman lautan bunga. Terdapat begitu banyak sepesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang bernilai di hutan ini. Kawasan hutan juga menjadi tempat kehidupan beberapa ekor panda. Pertandingan cabaran kehidupan di hutan juga diadakan di Shennongja. Ini barang kali dapat menyediakan peluang yang baik kepada pelancong yang gemar melakukan ekspedisi dan sukan tanpa batas.

Jika anda berkunjung ke Gunung Wudang, anda boleh menghayati kebudayaan agama Tao dan pertunjukan silat Wushu China. Selepas itu, anda boleh meneruskan lawatan ke empangan Danjiang di kaki Gunung Wudang. Air Sungai Danjiang yang jernih merupakan sumber air bahagian tengah bagi projek penyaluran air dari bahagian selatan ke utara China. Ia akan menjadi sumber bekalan air minuman kepada Beijing, ibu negara China dan Bandar Tianjin.

Provinsi Hubei begitu banyak menyediakan acara pelancongan pada tahun ini. Jadi, bagaimana kita membuat pilihan pelancongan?

Satu laluan pelancongan yang rasional adalah lawatan ke Tiga Gaung Sungai Yangtze, Zon Perlindungan Alam Shennongja dan Gunung Wudang, kerana tempat-tempat ini mempunyai pemandangan gunung dan sungai serta tinggalan sejarah. Selepas bersiar-siar di Tiga Gaung, pelancong boleh meneruskan lawatan ke Shennonja. Di sini, pelancong boleh menikmti bunga azalea pada musim bunga dan daun pokok yang menjadi merah pada musim gugur, dan kemudian, pelancong boleh melawat gunung Wudang untuk menghayati kebudayaan agama Tao dan bangunan seni bina taman diraja. Rancangan ini boleh dikatakan yang terbaik kerana pelawat boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dan tinggalan sejarah yang terindah di Provinsi Hubei. Tetapi, bagi kebanyakan pelancong asing, tempoh lawatan mereka mungkin pendek, oleh itu, mereka hanya dapat menyertai satu atau dua acara pelancongan sahaja pada tahun ini. Walau bagaimanapun, jika anda sampai ke Hubei, jangan lupa singgah di bandar Wuhan, ibu kota Provinsi Hubei, kerana tasik Donghu, bangunan Huanghelou dan Gunung Mulan juga patut dilawati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China