Cari:
Memuja Genghis Khan, Pahlawan di Sanubaruiku
2011-04-02 19:55:22 CRI Cetak

Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan. Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

Selepas mengunjungi Arshan yang mempunyai glamor unik dengan kepelbagaian sumber pelancongan, kami meneruskan perjalanan dan menuju ke Ulanhot, sebuah bandar yang terkenal di Daerah Autonomi Mongolia Dalam dengan merentasi Padang Rumput Horqin di sebelah timur Wilayah Autonomi Mongolis Dalam.

Ulanhot bererti "kota berwarna merah" dalam bahasa Mongol. Ulanhot terkenal bukan saja kerana ia mempunyai sejarah yang lama, Daerah Autonomi Mongolia Dalam, daerah autonomi etnik minoriti yang pertama di China, ditubuhkan di Ulanhot pada tahun 1947, malah kerana satu-satunya kuil untuk memuja Genghis Khan di dunia terletak di sana.

Pada masa berumur belasan tahun, saya banyak mempergauli orang ernik Mongol. Mereka telah menceritakan kisah Genghis Khan, pahlawan etnik itu. Dengan askar tentera menunggang kuda yang jumlahnya tidak begitu ramai, Genghis Khan telah melancarkan peperangan selama lebih 20 tahun, manaklukkan lebih daripada 40 buah negara dan menubuhkan empayar besar yang wulayahnya merangkumi Semenanjung Kamchatka di sebelah timur, Pakistan di sebelah selatan, Iran dan Iraq di sebelah barat daya, Hungari dan Bulgaria di sebelah barat dan Siberia dan Tasik Baikal di sebelah utara pada abad ke-13.

Kuil Genghis Khan mula dibina pada tahun 1940 dan siap dibina pada tahun 1944 dengan menggunakan derma yang disumbangkan masyarakat orang Mongol. Luasnya mencecah 68 ribu meter persegi. Ia terletak di puncak Gunung Khan setinggi 350 meter di sebelah utara Bandar Ulanhot. Bangunan kuil yang megah itu memperlihatkan seni bina etnik-etnik Han, Mongol dan Tibet. Bangunan utamanya berbentuk 山, perkataan Mandarin yang bermakna gunung, yang melambangkan ketinggian dan keagungan Genghis Khan.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China