Cari:
Fenghuang, Terpencil Tapi Menarik
2011-04-15 14:26:29 CRI Cetak

Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan. Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

Wulingyuan merupakan kawasan pemandangan yang cukup terpencil. Setelah berkunjung buat kali kedua ke Wulingyuan, saya meneruskan perjalanan ke Fenghuang, sebuah kota purba kecil yang lebih terpencil daripada Wulingyuan, tapi indah dan penuh glamor.

Sebagaimana kebanyakan orang China, saya mengenali Fenghuang kerana novel "Pekan Terpencil" yang ditulis Shen Congwen, penulis terkenal China. Beliau dilahirkan di Fenghuang dan pekan terpencil yang ditulis dalam novel itu sebenarnya ialah Fenghuang.

Fenghuang sejauh 220 kilometer di sebelah barat daya Zhangjiajie Wulingyuan. Wulingyuan dan Fenghuang sama-sama terletak di kawasan pergunungan di sebelah barat Hunan. Kawasan itu jauh dari bandar dan lalu lintas tidak berkembang, maka pemandangan dan alam sekitar yang indah di sana dipelihara dengan baik dan tidak terjejas oleh manusia.

Fenghuang disenaraikan oleh Dewan Negara sebagai Bandar Ternama Sejarah dan Budaya peringkat kebangsaan. Pemandangan alamnya indah, sejarahnya lama, budaya tempatan di sana unik dan adat resam etnik minoriti beraneka-ragam.

 

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China