Cari:
Kuil Xuankong di Provinsi Shanxi China
2011-05-06 13:07:27 CRI Cetak

Kuil Xuankong terletak di satu lembah gunung. Dari tempat yang jauh, kuil itu kelihatan seolah-olah ditempel di lereng gunung terjal yang hampir tegak lurus. Kuil yang terdiri daripada beberapa tingkat hanya ditongkatkan oleh belasan batang tiang kayu bulat yang panjang tetapi kecil, dan tiang-tiang kayu itu bahkan bergerak ketika ada orang berjalan di kuil yang ditongkatkannya. Di atas kuil itu, terdapat batu yang menonjol ke luar yang seolah-olah akan jatuh. Baik melihat ke atas ataupun melihat ke bawah sungguh menakutkan pelawat di kuil itu. Terdapat 40 buah dewan dan bilik di Kuil Xuankong. Para pelawat yang melawat Kuil Xuankong sewajarnya berjalan berhati-hati, dan takut kalau berjalan dengan kuat, kuil itu akan runtuh. Walaupun pelawat merasa sangat bahaya kerana jalan papan kayu dan tiang yang menongkatkan papan kayu tersebut berbunyi dan bergerak ketika pelawat berjalan di atas jalan papan kayu itu, akan tetapi, Kuil Xuankong terletak di lereng gunung dengan kukuh.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China