Penulis bergambar di hadapan Istana Potala
Tibet merupakan satu tempat yang penuh dengan misteri bagi kebanyakan orang baik orang China ataupun orang asing. Kini, dengan siap dibinanya dan beroperasinya landasan kereta api Qinghai-Tibet, Tibet terbuka kepada dunia luar. Pada Mei tahun 2009, saya telah mengunjungi Tibet, yang digelar sebagai bumbung dunia yang mempunyai pemandangan alam yang indah, persekitaran ekologi yang lemah dan adat resam Etnik Tibet yang istimewa.
Istana kuno dan jalan moden
Sebagai lambang Tibet, Istana Potala merupakan destinasi pertama bagi pelancong yang melawat Tibet.
Istana Potala terletak di lereng Gunung Hongshan di pusat Bandar Lhasa, ibu kota Daerah Autonomi Tibet. Istana Potala mula dibina semasa pemerintahan Songzanganbu Tibet pada abad ke-7 masihi dan pada mulanya dinamakan Istana Hongshan. Kemudian, istana itu kian hari semakin banyak yang runtuh. Pada abad ke-17, Dalai Lama ke-5 membina semula Istana Potala. Semenjak itu, Istana Potala menjadi pusat politik dan agama Tibet.
Istana Potala yang suci, indah dan megah
Istana Potala 13 tingkat dan setinggi 110 meter dan merupakan bangunan purba yang paling tinggi di Tibet. Istana itu dibina dengan batu dan kayu. Tembok istana itu dibina dengan batu granit. Tembok yang paling tebal mencatat 5 meter. Demi menambah kekukuhannya, kerangka besi telah diletakkan dalam lapisan tembok, dengan cara ini, masalah mengelakkan diri daripada serangan petir juga telah diselesaikan.
Istana Potala lebih indah pada waktu malam
Istana Potala terdiri daripada Istana Putih di bahagian timur, Istana Merah di bahagian tengah dan rumah Lama berwarna putih di bahagian barat. Kerana Istana Potala dibina di lereng gunung, maka bangunan itu sangat tinggi dan megah, strukturnya kukuh dan mencapai taraf tinggi dalam estetika seni bina.
Istana Potala yang tersergam megah
Istana Putih merupakan tempat penginapan Dalai Lama, manakala Istana Merah merupakan beberapa dewan Buddha dan tempat pagoda didirikan sebagai makam Dalai Lama jenerasi-jenerasi dahulu. Antara pagoda-pagoda tersebut yang paling mewah ialah pagoda makam Dalai Lama ke-5 Luosangjiacuo. Pagoda itu setinggi 15 meter, pagoda itu terletak pada dasar yang berbentuk empat segi. Mayat Dalai lama ke-5 Luosangjiacuo dipelihara dengan rapi dan disimpan dalam pagoda itu. Pagoda itu disalut dengan 3724 kilogram emas dan sebanyak lebih 15 ribu butir berlian, permata, jed, mutiara dan batu akik yang berharga. Banyak alat persembahan tersimpan dalam dasar pagoda itu.
Mendongak ke Istana Potala yang dibina di puncak bukit
Dewan Barat merupakan dewan yang paling besar dalam Istana Merah. Dewan yang setinggi 6 meter itu ditongkat oleh 48 batang tiang besar. Seni bina dewan itu dibina menggabungkan seni bina Tibet dan bangsa Han, terdapat sejumlah besar pahatan kayu ukiran patung Buddha, senga, gajah dan binatang lain dalam dewan itu.
Dalam pembinaan semula Istana Potala semenjak abad ke-17, pelukis terbaik di Tibet telah melukis puluhan ribu lukisan yang cantik pada dinding-dinding dewan, laluan dan koridor di Istana Potala. Lukisan-lukisan tersebut telah menceritakan kisah tentang tokoh sejarah, kitab Buddha, bangunan, adat-resam rakyat, sukan dan aktiviti hiburan. Lukisan-lukisan tersebut adalah karya kesenian yang mempunyai nilai tinggi. Selain itu, dalam Istana Potala juga tersimpan 10 ribu buah barang kesenian seperti pahatan batu, kayu dan tanah liat, artifak sejarah seperti kitab agama Buddha yang ditulis pada daun serta barang kesenian kraf tangan tradisional seperti permaidani etnik Tibet, barang tembikar dan jed, barang-barang kesenian tersebut bukan sahaja mempunyai nilai kesenian yang tinggi, tetapi juga telah mencerminkan pertukaran bersahabat dan pertukaran kebudayaan antara bangsa Han dan etnik Tibet dalam sejarah selama lebih seribu tahun yang lalu.
Pada tahun 1994, Istana Potala disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia.
Istana Potala di Lhasa Tibet
Kuil Dazhao terletak di bahagian tenggara Lhasa. Kuil itu dibina pada tahun 601 masihi. Dewan Kuil Dazhao 4 tingkat. Bangunan itu telah menggabungkan seni bina bangsa Han dan Tibet. Sejumlah besar kitab agama Buddha dan artifak bernilai tinggi yang lain disimpan dalam kuil itu.
Gaya binaan tradisional Tibet dengan menggunakan bahan tempatan
Taman Luobulinka terletak di pinggir Sungai Lhasa di sebelah barat Istana Potala. Taman itu dibina pada pertengahan abad ke 18 dan merupakan tempat Dalai Lama pelbagai jenerasi menguruskan pentadbiran dan mengadakan kegiatan agama. Ia juga dinamakan Istana Musim Panas.
Kuil Dazhao dan Taman Luobulinka juga disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia sebagai bangunan tambahan Istana Potala.
Penulis berlatarbelakangkan tugu peringatan di lapangan Istana Potala
Penganut agama Buddha Tibet melaksanakan salam satu ritual agama
Patung yang menggambarkan rakyat Tibet membangunkan Tibet baru yang lebih moden
Patung yang menggambarkan kegembiraan rakyat Tibet selepas bebas dari cengkaman golongan bangsawan feudal
Menjejaki sejarah Istana Potala
Lapangan di hadapan Istana Potala.JPG