Agama Buddha menganjurkan penganutnya bersifat jujur
Satu perbezaan nyata antara Groto Dazu dengan groto-groto lain di China ialah sejumlah besar pahatan batu di sana bukan berunsur agama dan merupakan satu-satunya groto sedemikian dalam seni pahatan batu groto di China. Patung pahatan batu di sana baik Buddha, tokoh terkenal pelbagai agama di China ataupun bangsawan, pegawai kanan, orang awam, nelayan, petani dan lain-lain adalah cerminan sebenar kehidupan sosial pada masa itu.