Cari:
Taman Tradisional di Suzhou (2)
2011-08-02 14:12:15 CRI Cetak

Koridor panjang di Taman Zhuozheng

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing iaitu dari abad ke-14 sehingga abad ke-20 merupakan period ekonomi dan kebudayaan feudal berkembang maju di Bandar Suzhou. Suzhou menjadi tempat yang paling makmur di China pada ketika itu. Banyak arkitek dan tukang bina terbaik di Suzhou telah membina lebih 200 buah taman di sana pada masa itu. Sekarang masih wujud hanya puluhan buah taman sahaja di Suzhou, antaranya 4 buah taman iaitu Taman Zhuozheng, Taman Liu, Taman Wangshi dan Taman Huanxiu adalah yang paling terkenal. Berdasarkan 4 buah taman klasik tersebut kita dapat mengenali secara menyeluruh reka bentuk, susunan, struktur, bentuk, corak, hiasan, kemudahan dan perabot di taman swasta tradisional Suzhou. 4 buah taman yang dipelihara dengan utuh tersebut telah memperlihatkan seni bina dan taraf pembinaan yang tinggi di bahagian selatan China. Pada tahun 1997, 4 buah taman tersebut disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia.


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China