Cari:
Manfaat dan Khasiat Halia
2017-05-08 10:52:44 CRI Cetak

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerol, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Halia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia juga bersifat panas dan lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka saluran hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan kelembapan.

Halia juga mampu merawat angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China