Selepas ketibaan bulan Jun, ramai pelancong tertarik oleh bunga Lupine yang berkembang mekar yang tertanam di kaunti Hezheng provinsi Gansu. Bunga Lupine yang dikenali sebagai "bunga ibu" terutamanya kelihatan di Itali, Sepanyol dan New Zealand. Sejak tahun 2012, bunga jenis ini diimport oleh pengusaha perkebunan dari kaunti Hezheng. Kemudian, melalui uji tanam dalam tempoh selama beberapa tahun, mereka berjaya menanam dan memupuk bunga Lupine yang tahan sejuk yang sesuai bertumbuh di Dataran Tinggi Tanah Kuning.