Antara maharaja-maharaja dalam sejarah China, Wu Zetian dikenali sebagai maharaja yang paling istimewa dan legenda. Ini bukan sahaja kerana baginda satu-satunya maharaja perempuan, tetapi juga kerana riwayat hidup baginda.
Wu Zetian dilahirkan di Guangyuan, Sichuan. Anak kepada menteri itu menjadi dayang dalam istana diraya ketika berumur 14 tahun. Baginda dinobatkan sebagai permaisuri ketika berumur 32 tahun, dan naik takhta pada umur 67 tahun. Pada zaman pemerintahan maharaja Wu Zetian, masyarakat tenteram, ekonomi makmur dan kebudayaan juga berkembang maju.
Pada masa ini, banyak warisan sejarah yang bernilai masih disimpan di Kuil Huangze di Guangyuan. Kegiatan kebudayaan juga diadakan sempena "Hari Perempuan". Pada 1 September setiap tahun, kaum wanita tempatan akan memakai pakaian yang cantik, meraikan pesta tersebut ke untuk memperingati maharaja Wu Zetian, di samping mempamerkan kecantikan wanita pada zaman moden ini.
Guangyuan dipanggil Lizhou pada zaman dahulu. Tempat ini terletak di utara provinsi Sichuan dan bersempadan dengan provinsi Gansu dan Shaanxi. Guangyuan terletak sejauh 300 kilometer dari Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan.
Guangyuan, yang juga dipanggil sebagai kampung halaman maharaja perempuan Wu itu mempunyai banyak sumber pelancongan. Antaranya Kuil Huangze, Bukit Seribu Buddha, Pagoda Phoenix dan lain-lain.