Taman Ekologi Dasar Sungai Luan Kuno yang terletak di kaunti Laoting provinsi Hebei diubahsuai dari laluan aliran sungai Luan yang terbiar sejak sekian lama.
Sejak tahun 2009, pihak berkuasa kaunti Laoting menggaris rancangan semula untuk membina laluan yang terbiar itu menjadi sebuah taman yang indah, dengan menanam lebih 160 ribu batang pokok yang pelbagai jenis dan menambah air seluas 220 ribu meter persegi. Taman ini sekarang berperanan sebagai pencegah angin kuat dan hakisan tanah serta pembersih udara, di samping destinasi rekreasi bagi baik penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar.