Cari:
Etnik Salar
2011-04-18 11:04:14 CRI Cetak

Etnik Salar yang Berasal daripada Legenda Mata Air Unta Putih

Etnik Salar berjumlah lebih 80 ribu orang, kebanyakannya tinggal secara berkelompok di tebing Sungai Kuning di bahagian timur Provinsi Qinghai. Iklim di kawasan penempatan etnik itu sangat baik dan sesuai untuk menanam padi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Etnik Salar mempunyai bahasa sendiri, tetapi tidak mempunyai tulisan. Oleh sebab penduduk etnik banyak bergaul dengan etnik Han, Hui dan Tibet di kawasan penempatan mereka, maka ramai penduduk etnik itu fasih bertutur bahasa Mandarin.

Etnik Salar beragama Islam, adat resam etnik itu hampir sama dengan Etnik Hui China.

Kaum lelaki etnik Salar suka berjanggutdan bermisai, memakai kopiah hitam atau putih dan kemeja berwarna putih. Kaum wanita etnik itu suka memakai tudung dan hiasan emas atau perak seperti anting-anting, gelang dan lain-lain. Penduduk etnik Salar pandai berniaga, membina taman yang indah, menebang pokok dan membuat barangan kulit.

Pada masa dahulu, penduduk etnik Salar suka memakai baju kulit berlengan lebar, kalau mereka tawar menawar harga semasa berniaga, mereka suka memberitahu harga barangan dengan menunjukkan jumlah jari dalam lengan baju mereka. Tetapi sekarang, penduduk etnik Salar sudah memakai pakaian biasa dan cara tawar menawar harga dalam perniagaan juga sudah berubah.

Cara beriadah penduduk etnik Salar agak banyak. Bermain tiga bulu ayam merupakan cukan yang paling popular di kalangan penduduk etnik itu. Penduduk etnik itu biasanya membuat tiga bulu ayam menggunakan logam seperti syiling dan tiga bulu ayam. Tetapi menggunakan bulu di bahagian punggung ayam jantan sangat dilarang dan menjadi pantang larang bagi etnik itu, ini kerana penduduk etnik Salar percaya kalau menggunakan bulu di bahagian punggung ayam jantan untuk membuat tiga bulu, periuk di rumah akan retak.

Persembahan bermain tiga bulu ayam penduduk etnik Salar sangat menarik. Cara yang paling popular ialah dua kumpulan bertarung, kumpulan yang dapat menyepak tiga bulu ayam di udara lebih lama tanpa jatuh ke tanah dianggap pemenang. Pemain etnik Salar yang hebat boleh menyepak tiga bulu ayam menggunakan seluruh badannya. Di kawasan penempatan etnik Salar, di mana-mana boleh ditemui penduduk etnik itu sedang bermain tiga bulu, acara itu menjadikan badan pemain lebih lembut dan sihat, aksi mereka kelihatan seperti tarian.

"Kouxi" ialah sejenis alat muzik etnik Salar yang sudah bersejarah lama. Panjang alat muzik itu tidak sampai setengah sentimeter, beratnya tidak sampai 0.05 gram, alat muzik itu mungkin alat muzik yang paling kecil di dunia.

"Kouxi" diperbuat menggunakan dawai tembaga atau perak dan berbentuk kaki kuda. Pemain muzik itu meniup alat muzik itu dan bunyinya sangat merdu.

"Kouxi" sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar, khususnya di kalangan kaum wanita. sehingga sekarang, penduduk etnik itu sentiasa membawa alat muzik tersebut semasa berjalan-jalan, kalau ada masa lapang, mereka akan bermain alat muzik itu untuk berhibur sendiri. Remaja etnik itu yang sedang bercinta juga suka bermain alat muzik itu untuk menyatakan peasaan cinta mereka.

"Zaikao" ialah sejenis alat tiupan yang sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar. Alat muzik itu diperbuat daripada tanah merah dan berbentuk bunga. Penggembala dan petani muda etnik Salar semasa bekerja di ladang, mereka suka bermain alat muzik itu semasa berehat. Kini mereka memainkan alat muzik itu untuk menggambarkan kehidupan mereka yang semakin hari semakin bahagia.

Lagu Salar adalah lagu rakyat etnik Salar. Lagu itu biasanya dinyanyi dalam bahasa Salar atau bahasa Mandarin. Lagu Salar bermelodi menarik dan sangat disukai oleh penduduk etnik Salar. Lagu Salar terdiri daripada beberapa jenis, ada lagu cinta, ada lagu untuk bekerja, ada yang menggambarkan kehidupan yang bahagia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China