Pisau Etnik Bonan di Dahejia, Provinsi Gansu
Penduduk etnik Bonan berjumlah lebih 12 ribu orang, etnik itu menetap secara berklompok di Provinsi Gansu dan Qinghai. Tanah di kawasan penempatan etnik Bonan sangat subur dan terkenal mengeluarkan gandum, jagung, pic dan walnut yang sedap.
Etnik Bonan pernah disebut etnik "Huihui" atau "Baoanhui". Setelah China baru ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China menetapkan nama etnik itu sebagai etnik "Bonan" berdasarkan hasrat etnik itu sendiri.
Etnik Bonan mempunyai bahasa sendiri tetapi tidak mempunyai tulisan, kebanyakan penduduk etnik Bonan fasih berbahasa Mandarin. Etnik Bonan beragama Islam, upacara perkahwinan dan kematian etnik itu diadakan berdasarkan peraturan agama Islam, adat resam dan keadaan sosial etnik itu hampir sama dengan etnik beragama Islam yang lain di kawasan itu, pesta penting bagi etnik itu ialah Hari Raya dan Hari Raya Korban. Penduduk etnik Bonan kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian, penternakan dan kerajinan tangan. Pisau Bao'ban sangat tajam dan halus, dan sangat popular di kalangan pelbagai etnik di China.
Pada zaman dahulu, etnik Bonan menetap bersama-sama etnik Mongol, ciri-ciri pakaian etnik itu juga serupa etnik Mengol, mereka memakai jubah dan topi kulit pada musim sejuk, dan suka mengikat tali pinggang sutera yang disulam dengan hiasan.
Sekarang, pakaian etnik Bonan hampir sama dengan etnik Hui dan etnik Dongxiang di kawasan itu. Lelaki etnik itu memakai topi putih, kemeja putih dan seluar biru atau kelabu. Gadis etnik itu suka memakai baju yang berwarna terang dan memakai tudung sutera hijau, kaum wanitanya pula suka memakai topi putih dan tudung berwarna hitam, wanita tua biasanya memakai baju berwarna gelap dan memakai tudung berwarna putih.
Pisau Bonan sangat halus dan cantik, pisau itu bukan sahaja menjadi barangan kegunaan seharian, tetapi juga menjadikan hadiah untuk rakan-rakan. Pisau Bonan sangat terkenal di kalangan penduduk di bahagian barat laut China dan juga terkenal di dunia Arab. Pisau Bonan banyak jenis dan diukir dengan gambar tangan, naga, bunga, dan pelbagai ukiran gambar bergantung kepada jenis pisau. Pisau Bonan sangat tajam, kalau meletakkan rambut dan menghembuskannya di mata pisau itu, rambut itu akan putus. Pisau Bonan sudah bersejarah lebih seratus tahun, sekarang, teknologi pembuatan pisau Bonan semakin hari semakin maju, khususnya pada tahun-tahun kebelakangan ini, pembukaan pasaran telah memberi mendinamikkan pembuatan pisau itu. Pada Mac tahun 1985, pemuda etnik Bonan yang menyertai rombongan pemuda China semasa melawat ke Jepun telah menghadiahkan pisau Bonan kepada pemuda Jepun. Mantan Perdana Menteri China Zhou Enlai semasa menemui pemimpin negara lain juga pernah menghadiahkan pisau itu kepada mereka.
Lagu jamuan etnik Bonan sangat terkenal, lagu itu biasanya dinyanyikan sempena upacara perkahwinan, seni kata lagu itu sangat indah dan sedap didengar. Pada malam hari perkahwinan, semua rakan sekampung akan berkumpul di rumah pengantin baru, ramai pemuda berkumpul di sekeliling unggun api di rumah pengantin lelaki, sambil menyanyi sambil menari, suasana sangat meriah dan bahagia.
Acara sukan "menembak 5 das' ialah acara sukan yang terkenal di kalangan lelaki etnik Bonan. Di "Baoansanzhuang" kawasan penempatan etnik Bonan, pertandingan sukan "menembak 5 das" diadakan setahun sekali. Peserta acara itu menunggang kuda dan menembak sasaran sebanyak 5 das dalam jarak 200 meter. Semasa pertandingan itu diadakan pda musim sejuk, ramai penduduk etnik Bonan datang menonton, mereka bersorak-sorai kepada para pemenang.