Cari:
Etnik Kazak
2011-04-18 11:04:14 CRI Cetak

Penduduk Etnik Kazak berjumlah lebih 1.1 juta orang, mereka tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sebahagian lagi tinggal di provinsi Gansu dan Qinghai. Kawasan kediaman etnik Kazak merupakan padang rumput yang subur dan sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan. Kebanyakan penduduk etnik Kazak kerja sebagai penggembala sejak turun-temurun, sebahagian kecil penduduk etnik mengusahan pertanian dan menanam tumbuh-tumbuhan. Pada masa dahulu, jarang terdapat penduduk etnik Kazak berniaga, tetapi sekarang, ramai penduduk etnik itu berniaga.

Etnik Kazak beragama Islam dan mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. Tulisan mereka sekarang berasas tulisan Jawi.

Yili ialah kawasan kediaman penduduk etnik Kazak secara berkelompok, kawasan itu terkenal dengan kuda, bulu kambing, susu kuda dan lain-lain.

Etnik Kazak kaya dengan lagu rakyat, syair, gurindam dan pribahasa. Tarian etnik tersebut juga sangat menarik, alat muzik etnik itu dipanggil Dongbula. Aken pula ialah penyanyi terkenal di kalangan etnik itu.

Penduduk etnik Kazak sangat mesra melayan tetamu dan sangat sopan santun. Kalau mereka berjumpa rakan-rakan, mereka biasanya mengucapkan salam bahagia dan bertanya khabar tentang keadaan ternakan, ini kerana etnik itu sudah lama menjadi penggembala. Penduduk etnik Kazak sering berhijrah mengikut musim. Kalau penduduk etnik itu menerima kunjungan rakan atau tetamu yang ingin menumpang menginap di rumah mereka, layanan mereka sangat mesra. Etnik Kazak berpendapat, kalau mengizinkan rakan pergi ke tempat lain pada waktu maghrib, mereka akan berasa malu dan dipandang rendah oleh jiran mereka.

Untuk melayan tetamu, penduduk etnik Kazak biasanya menyembelih seekor kambing kecil atau kuda kecil. Sebelum menyembelih kambing, tuan rumah akan menunjukkan kambing itu kepada tetamu untuk mendapat persetujuan. Semasa memakan daging kambing yang sudah dimasak, tuan rumah akan menghidangkan kepala kambing itu kepada tetamu, tetamu menggunakan pisau memotong daging di muka kambing dan memberikan kepada tuan rumah sebagai tanda hormat, seterusnya memotong telinga kambing tersebut untuk diberikan kepada anak bungso atau isteri tuan rumah, akhirnya, tetamu memotong daging di kepala kambing untuk dimakan sendiri dan menyerahkan kepala kambing itu kepada tuan rumah semula.

Setelah upacara tersebut, tuan rumah dan tetamu akan duduk bersama-sama, mereka sambil memakan daging kambing, sambil minum susu kuda. Susu kuda sangat istimewa bagi etnik Kazak, susu itu selain boleh menghilangkan dahaga, juga sangat berzat. Oleh sebab cuaca di kawasan penempatan etnik Kazak sangat sejuk, susu itu juga boleh memanaskan badan mereka. Setelah makan malam, tuan rumah dan tetamu akan duduk bersama-sama berbual-bual tentang cuaca di padang rumput dan mendengar cerita rakyat yang sangat menarik.

Etnik Kazak kaya dengan sastera rakyat, khususnya sastera lisan yang sangat popular dan terkenal. Sastera etnik itu termasuk cerita dongeng, cerita rakyat, syair, lagu rakyat, gurindam dan pribahasa. Karya tersebut bukanlah dicipta oleh etnik itu, tetapi juga diwarisi sejak turun-temurun.

Aken ialah seniman yang menyampaikan karya-karya tersebut, beliau sangat dihormati oleh penduduk etnik itu. Aken biasanya menggunakan sejenis alat muzik yang dipanggil "Dongbula", sambil memainkan "Dongbula" sambil menyanyi. Oleh sebab itu, Aken juga dikenali sebagai penyanyi rakyat etnik Kazak.

Untuk mengembangkan sastera etnik Kazak, penduduk etnik itu mengadakan konsert Aken pada musim gugur setiap tahun. Etnik itu berkumpul bersama-sama dari pelbagai tempat. Para Aken sambil memainkan alat muzik Dongbula sambil menyanyi lagu rakyat, syair, puisi dan lain-lain, penduduk etnik itu dengan gembira menikmati persembahan tersebut.

Acara "Gadis mengejar" merupakan salah satu hiburan yang sangat popular di kalangan penduduk etnik Kazak. Acara itu diadakan sempena hari perayaan. Sepasang teruna dan dara akan menunggang kuda bersama-sama ke sesuatu tempat, dalam perjalanan itu, kedua-dua mereka sambil menunggang kuda sambil bergurau, gadis itu tidak boleh malu atau marah. Semasa pulang dari tempat tersebut, lelaki itu menunggang kuda dengan laju, manakala gadis itu sambil menunggang kuda mengejar lelaki itu, sambil memukul lelaki itu dengan rotan. Jika gadis itu suka akan lelaki itu, dia memukul dengan perlahan sahaja. Para penonton akan bersorak-sorai, suasana sangat meriah. Acara itu biasanya akan berlangsung selama beberapa jam, lelaki boleh bergilir-gilir mengajak perempuan menyertai acara itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China