Cari:
Etnik Tajik
2011-04-18 11:04:14 CRI Cetak

Penduduk di Dataran Tinggi Pamirs--Etnik Tajik

Penduduk etnik Tajik berjumlah lebih 30 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, iaitu bahagian timur dataran tinggi Pamir. Kawasan penempatan etnik Tajik berhampiran puncak gunung kedua tertinggi di dunia, iaitu Godwin Austen, puncak gunungnya diliputi salji, di kaki gunung itu ialah padang rumput dan ladang. Penduduk etnik Tajik tinggal di kawasan itu sejak turun temurun.

Penduduk etnik Tajik menetap di Dataran Tinggi Pamir sejak zaman sebelum Masihi, laluan sutera yang dibukakan pada abad ke-2 sebelum Masihi melalui kawasan itu, pada beberapa ribu tahun kebelakangan ini, penduduk etnik Tajik terdedah dengan tamadun timur dan barat, membentuk tamadun sendiri yang sangat makmur.

Penduduk etnik Tajik mempunyai bahasa sendiri dan menggunakan tulisan Uygur, mereka beragama Islam dan bekerja dalam bidang pertanian dan penternakan.

Penduduk etnik Tajik sangat berani dan murah hati. Dalam legenda etnik Tajik, helang melambangkan pahlawan. Penggembala etnik Tajik suka bermain flut yang diperbuat daripada tulang helang, tarian yang paling popular di kalangan etnik itu juga menggambarkan ketangkasan helang. Etnik Tajik juga pandai menunggang kuda, beriadah menunggang kuda sangat popular di kalangan penduduk etnik itu.

Kampung halaman penduduk etnik Tajik di Dataran Tinggi Pamir, pemandangan alam di sana seperti lukisan dan sangat indah, penduduk etnik Tajik di kawasan itu dikenali sebagai orang yang tinggal di atas awan.

Lelaki etnik Tajik biasanya memakai kemeja warna putih dan jubah warna biru, membawa pisau yang diikat di sebelah kanan pinggang, memakai kasut dan topi kulit kambing, menunggang kuda bersiar-siar di kawasan yang pemandangan alamnya sangat indah, orang itu kelihatan sangat kacak.  

Perempuan etnik Tajik suka memakai baju yang berwarna-warni, kasutnya warna merah, topi mereka dihiasi banyak hiasan, semasa keluar bersiar-siar, mereka suka memakai tudung besar berwarna merah, kuning atau putih. Mereka kelihatan seperti dewi yang turun dari kayangan.

Etnik Tajik beragama Islam, dan meraikan banyak pesta. Misalnya, pada hari pertama dan hari kedua setiap bulan Ogos tahun Hijrah, semua keluarga etnik Tajik akan menyalakan lilin, pesta itu juga dikenali sebagai pesta cahaya. Semasa merayakan pesta itu, semua anggota keluarga duduk bersama-sama, anggota keluarga akan menyalakan lilin yang dipegang di hadapan mereka dan menyebut nama ahli keluarga yang dihormati dalam keluarga itu. Apabila semua lilin telah dinyalakan, mereka bersama-sama berdoa memohon kesejahteraan dan keamanan. Seterusnya lilin yang sudah dinyalakan akan diletak di atas bumbung rumah mereka. Pada waktu itu, penduduk etnik Tajik akan menyalakan api di depan rumah masing-masing, pemuda akan menyanyi dan menari di depan unggun api itu sepanjang malam. 

Penduduk etnik Tajik sangat mesra melayan tetamu. Apabila ada tetamu menziarahi atau mengingap di rumah mereka, tuan rumah akan melayani tetamu dengan mesra tanpa menghiraukan mereka kenal atau tidak. Mereka biasanya akan menyembelih seekor kambing untuk menjamu tetamu. Sebelum tetamu memakan daging kambing, tuan rumah akan menghidangkan semangkok sup daging kambing kepada tetamu. Kalau tetamu menghiris daging kambing dan memberikannya kepada suri rumah yang sedang sibuk bekerja, tuan rumah akan sangat berbesar hati. Seterusnya tuan rumah akan menghidangkan kepala kambing kepada tetamu, seterusnya beliau menghidangkan ekor kambing dan hati kambing kepada tetamu lain.

Suasana di kampung halaman etnik Tajik sangat tenteram, pada waktu malam mereka tidak perlu mengunci pintu rumah kerana tiada pencuri di kawasan itu, semua orang hidup harmoni bersama-sama.

Bermula pada tahun 1950-an, kawasan perkampungan etnik Tajik mula dikunjungi warga asing. Setelah kerajaan mengamalkan dasar memakmurkan semula laluan sutera, sebuah lebuh raya yang menghubungi kampung halaman etnik Tajik dengan Pakistan telah dibina, ramai pelancong dan banyak barangan dihantar melalui jalan itu setiap hari.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China