Etnik Uzbek berjumlah lebih 10 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China, mereka tinggal dengan aman bersama-sama penduduk etnik lain seperti Etnik Uygur dan Kazak di kawasan itu.
Sejarah Etnik Uzbek bermula pada abad ke-14. pada abad ke-15, ramai saudagar dari Uzbek berniaga ke Tanah Besar China melalui Laluan Sutera, sebahagian saudagar tersebut menetap di kawasan Xinjiang, lama-kelamaan, etnik Uzbek telah membuka penempatan di kawasan tersebut.
Kebanyakan penduduk Etnik Uzbek tinggal di bandar dan pekan, mereka kebanyakan bekerja dalam bidang perniagaan, pendidikan, sains dan teknologi dan industri pertukangan tangan, sebahagian kecil penduduk etnik itu bekerja sebagai penggembala di bahagian utara Xinjiang atau bekerja sebagai petani di bahagian selatan kawasan itu. Penduduk etnik Uzbek sudah lama tinggal bersama-sama dengan penduduk etnik Uygur , kedua-dua etnik itu hidup bersama-sama dengan aman dan mempunyai banyak ciri-ciri yang sama dalam adat resam masing-masing.
Etnik Uzbek mempunyai bahasa sendiri, tulisan bahasa Uzbek berasal daripada tulisan bahasa Arab. Ramai penduduk Uzbek boleh bertutur bahasa Uygur atau bahasa Kazak.
Etnik Uzbek beragama Islam. Tarian dan muzik etnik itu sangat menarik. Kaum wanita etnik itu pandai menyulam, gambar sulaman pada alas meja, selimut dan bantal yang dihasilkan oleh mereka sangat halus dan cantik.
Kaum wanita Etnik Uzbek sangat pandai menghias diri, mereka suka memakai sejenis topi berwarna-warni yang dikenali sebagai "Duopi", para gadis suka memakai tudung warna terang di bawah Duopi, wanita berumur lebih suka memakai Duopi yang berwarna gelap.
Pada musim panas, gadis etnik Uzbek suka memakai skirt panjang yang berwarna terang, skirt itu dihiasi banyak hiasan yang cantik. Wanita yang berumur lebih suka memakai skirt diperbuat daripada kain sutera. Pada musim sejuk, kaum wanita etnik Uzbek suka memakai baju yang diperbuat daripada kulit kambing atau musang agar tahan sejuk. Hiasan rambut kaum wanita etnik Uzbek sangat halus dan jumlah jenisnya sangat banyak, kebanyakan diperbuat daripada emas, perak, mutiara, jed atau kain sutera, mereka juga sangat suka memakai rantai dan cincin emas.
Etnik Uzbek juga mempunyai adat perkahwinan yang istimewa. Misalnya, anak mereka yang ingin berkahwin mestilah bermula daripada yang sulung kemudian diikuti anak kedua atau anak bongsu. Kalau abang atau kakaknya belum berkahwin, adiknya tidak boleh berkahwin dahulu.
Upacara perkahwinan Etnik Uzbek biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam. Ibu bapa pengantin perempuan menyalakan semua lampu dan menyediakan jamuan untuk meraikan para tetamu. Sebelum upacara perkahwinan dimulakan, ibu bapa kedua-dua pihak bakal raja sehari akan membincangkan wang ganti rugi bercerai. Kalau suami meminta cerahi pada suatu hari nanti, wang itu akan diberikan kepada isterinya sebagai wang ganti rugi. Bercerai merupakan hal yang memalukan penduduk etnik Uzbek. Suami isteri etnik Uzbek jarang bercerai, mereka hidup aman dan bahagia.
Seterusnya, upacara perkahwinan akan dimulakan. Setelah membaca kitab suci Al-Quran, imam akan bertanya bakal pengantin baru itu sama ada mereka setuju menikah, setelah mendapat jawapan, imam akan menyerahkan dua keping roti Nan yang direndam dalam air garam. Ini kerana penduduk Etnik Uzbek sangat menghargai garam dan berpendapat, garam boleh menjadikan suami isteri saling mencintai, dan roti Nan menjadi makanan utama yang popular di kalangan penduduk etnik itu. Roti Nan dan garam melambangkan suami isteri sehidup semati.
Setelah upacara perakahwinan selesai, ahli keluarga pengantin perempuan akan bertandang ke rumah pengantin lelaki dan membawa pulang pengantin perempuan ke rumah mereka semula. Pengantin lelaki akan membawa hadiah ke rumah pengantin perempuan untuk menjemput isterinya. Pada waktu itu, pengantin perempuan akan menangis dan mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada ibu bapanya. Setelah bapa pengantin perempuan berdoa, pengantin perempuan baru gembira mengikuti suaminya pulang rumah baru.
Semasa tiba di rumah pengantin lelaki, ahli keluarga pengantin lelaki telah menyalakan unggun api di halaman rumah, pengantin perempuan mengeliling unggun api itu untuk melambangkan dia setia sepanjang usia kepada suaminya. Tuan rumah menyerahkan gula dan buah-buahan kepada para tetamu.