(Penjinak helang enitk Kirgiz kelihatan sedang menunjukkan helang pemburu peliharaan mereka)
Pesta Helang Ke-4 dan aktiviti yang beraneka ragam sempena Hari Noruz telah berlangsung di kaunti Aheji yang dikenali sebagai "kampung helang" di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 19 Mac lalu. Hari Noruz merupakan perayaan tradisional etnik Uygur, Kazak, Uzbek dan Tatar yang menganut agalam Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia jatuh pada 21 Mac setiap tahun dan perayaannya akan berlangsung selama tiga hingga 15 hari. Dalam tempoh pesta itu, etnik Kazak, Kirgiz, Tajik dan Uzbek juga akan mengadakan pertandingan berebut-rebut kambing, lumba kuda dan bergusti. Dalam pesta itu, masyarakat etnik tersebut akan meraikan kedatangan musim bunga dan bersiap untuk memulakan kegiatan menggembala semula di padang rumput selepas berehat sepanjang musim sejuk.
(Penggembala etnik Kirgiz dari kaunti Aheqi kelihatan sedang mempamerkan barang sulaman)