(Tarian tradisional Etnik Tajik )
Dataran Tinggi Pamirs yang terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China dikenali sebagai "Bumbung Dunia". Etnik Tajik dan Kirgiz daripada sepuluh etnik yang beragama Islam di China, tinggal di Dataran Tinggi Pamirs.
(Seruling helang )
Kaunti Autonomi Tash Kurghan Etnik Tajik di Dataran Tinggi Pamirs terletak di kawasan sempadan China yang berjiran dengan Pakistan, Afghanistan dan Tajikistan.
Hari Noruz merupakan perayaan tradisional etnik Uygur, Kazak, Uzbek, Tatar, Tajik dan Kirgiz yang menganut agama Islam di Xinjiang. Ia jatuh pada 21 Mac setiap tahun dan perayaannya akan berlangsung selama tiga hingga 15 hari.
Berlainan dengan tahun-tahun yang lalu. Pasar tiga hari buat kali pertama dibuka sempena Hari Noruz tahun ini di Kaunti Autonomi Tash Kurghan Entik Tajik.