Cari:
Aliban, Mulai Nikmati "Manisnya" Hasil Kebun Sayur-sayuran
2012-03-06 10:26:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Aliban dari etnik Kirkiz, iaitu salah satu daripada 10 etnik yang beragama Islam di China. Beliau tinggal di mukim Sepaerbali, di Kirkiz Kezlesukerkiz, Xinjiang. Semua penduduk di sini ialah penggembala. Ternakan merupakan tunggak utama ekonomi di desa ini.

Taman teladan industri ditubuhkan pada tahun 2010. Aliban merupakan antara 37 keluarga penggembala kumpulan pertama yang berhijrah dari padang rumput di dataran tinggi. "Memulakan hidup yang baharu bukan perkara mudah bagi saya yang berumur 40 tahun." Katanya. Dengan bantuan juruteknik, Aliban mengusahakan dua kebun sayur-sayuran yang seluas 1,200 meter persegi. Satu kebun ditanami tomato, dan satu lagi ditanami lobak. Walaupun tapak kebun sayur-sayuran dan benih disediakan oleh kerajaan tempatan secara percuma, namun kerana kurang pengalaman, Aliban dan penggembala yang lain hampir tidak memperoleh sedikit pun pendapatan pada tahun pertama. Ada kawan-kawannya yang mahu mencari rezeki dengan cara yang lain, namun Aliban kekal dengan kebun sayurannya. Pada tahun 2011, beliau memperoleh RMB 7,000.

Setelah berubah dari penggembala ke petani, Aliban semakin menyesuaikan diri dengan pekerjaan barunya. Menurutnya, "Tomato ini ditanam pada bulan Jun, saya tidak menggunakan baja, namun mutunya amat baik. Tomoto yang seberat 3 hingga 4 tan ini dapat dijual dengan harga RMB 15 ribu."

Aliban kini menjadi "pembantu teknik" bagi penggembala yang lain. "Kini, saya sudah menguasai teknik menanam tomato. Terdapat banyak buku yang memperkenalkan teknik tanaman di Bilik Budaya Kaunti. Saya berminat membaca buku di sana pada waktu lapang."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China