Cari:
RTM Buat Penggambaran Dokumentari di CRI
2007-11-13 11:32:52 CRI Cetak

Penerbit Kanan RTM, Encik Zulkefli Mohd. (kedua dari kanan) dan Ketua Bahagian Bahasa Melayu CRI, Puan Zhang Wenwen (pertama dari kanan) berbincang tentang penggambaran dokumentari di CRI pada 12 November.

Demi mengetahui perkembangan bahasa Melayu di China dan meningkatkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara Malaysia dan China, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) telah membuat penggambaran satu dokumentai yang bertajuk "Martabat Bahasa Melayu di China" dari 4hb hingga 17hb November di Beijing.

Radio Antarabangsa China (CRI) merupakan salah satu lokasi penggambaran dokumentari tersebut selain daripada Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU), Universiti Peking dan lain-lain.

Dokumentari ini akan memaparkan penerimaan, pengiktirafan, penggunaan dan pembelajaran Bahasa Melayu oleh pihak China sejak sedari mula tercetusnya hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kesultanan Melaka dahulu hinggalah hari ini.

Staf-staf RTM membuat penggambaran dokumentari "Martabat Bahasa Melayu di China" di Bahagian Bahasa Melayu CRI pada 12 hb hingga 13 hb November.

Staf-staf RTM dan Bahagian Bahasa Melayu CRI bergambar beramai-ramai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China