Cari:
Gao Lei (Kesuma)
2008-11-22 18:06:22 CRI Cetak

Saudara pendengar, saya Gao Lei, graduan Jurusan Bahasa Indonesia Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing atau Beijing Foreign Studies University. Saya diberi nama Indonesia, iaitu Kesuma. Pada Ogos tahun 2004, saya menjadi anggota baru Bahagian Bahasa Melayu CRI. Walaupun jurusan saya ialah bahasa Indonesia, tetapi saya berjaya menyesuaikan diri dengan kebiasaan bahasa Melayu melalui bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan Bahagian Bahasa Melayu CRI. Seiring dengan pengalaman bekerja saya terus menambah selama lebih setahun, kemampuan penerjemahan dan penyiaran saya juga terus meningkat. Sekarang, tugas utama saya ialah memperkenalkan keadaan China dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pelbagai bidang lain melalui siaran radio dan laman web kami untuk meningkatkan persefahaman dan pengetahuan para pendengar terhadap China.

Pada masa ini, saya bertanggungjawab mengelolakan ruangan "pelancongan" dalam laman web CRIonline Melayu. Saya yakin hubungan persahabatan yang sedia ada akan terus terjalin dengan lebih erat atas usaha kami. Saya juga berharap saya dapat menjadi teman akrab saudara dan menjadikan siaran bahasa Melayu CRI sebagai teman saudara setiap hari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China