Cari:
Wilayah Autonomi Hui Ningxia
2008-10-31 08:49:41 CRI Cetak

daripada Harjito, Yogyakarta Indonesia

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Kerajaan China semakin memprioritaskan upaya-upaya mengumpulkan dan melindungi warisan kebudayaan bukan benda. Hal ini tampak serupa dan sama dengan motto bangsa Indonesia "Bhinneka Tunggal Ika Tan Hana Dharma Mangrwa" yang berarti berbeza-berbeza tetapi satu serta pentingnya pengabdian kepada kemanusiaan. Berbagai macam budaya memperkaya dan merupakan sumber kekuatan, dimana kita di Indonesia beranggapan perbezaan budaya bukanlah kelemahan melainkan kekuatan.

Kebudayaan tempatan di Ningxia telah mendapat lebih banyak perhatian. Lebih 180 kesenian tradisi kalangan rakyat termasuk Ningxia Zuochang telah dijadikan sebagai objek perlindungan utama warisan budaya bukan benda Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Ramai orang mungkin hanya mengenal kungfu China daripada Shaolin Temple, ternyata kebudayaan China menyimpan jauh lebih banyak lagi. Saya pribadi kagum dan terkesan Permainan Tongkah He dan lembing Zhang yang merupakan bentuk seni silat Wushu tradisonal mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Silat Wushu adalah sebuah bentuk olahraga yang menyehatkan badan dan merupakan bentuk kesenian yang indah dipandang.

Etnik Hui Ningxia menurut saya merupakan etnik yang memiliki peradaban kebudayaan tinggi serta berkemauan kuat menjaga adat resam. Komunikasi antar warga tempatan yang dinyanyikan dengan muzik "Hua'er" tentunya akan membuat suasana hati gembira dan indah. Sebagaimana pepatah bijak mengatakan "nasi memupuk badan, muzik memupuk jiwa/hati". Hua'er juga menunjukan perasaan yang dilukiskan ketika melalui panorama indah di kampung halaman serta keharmonisan antara kehidupan manusia dengan alam.

Yang menarik daripada kouxian yaitu alat muzik yang digemari oleh penduduk etnik Hui, kouxian dinyanyikan baik ketika menghadapi kedukaan/kesengsaraan mahupun ketika suasana hati gembira. Kauxian telah menjadi tunggak semangat dan teman baik di setiap kondisi. Aktiviti "Musim Budaya Lapangan" yang diadakan oleh Kerajaan Yinchuan, ibukota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia sebaiknya dikekalkan sebagai aktiviti tahunan sehingga Kouxian tidak pupus di masa - masa mendatang.

Saya berharap di masa - masa mendatang aneka rupa kebudayaan indah daripada etnik Hui Ningxia yaitu muzik "Hua'er" yang unik, Kouxian keluarga Ma yaitu alat muzik yang digemari oleh penduduk etnik Hui, seni silat Wusyu tradisi berupa Permainan Tongkah He dan lembing Zhang, serta seni Ningxia Zuochang yang mempunyai bentuk humor/lucu dapat dipamerkan kepada ramai orang melalui roadshow bandar - bandar besar dan direkam dalam bentuk kaset, VCD, film indie atau bahkan menjadi soundtrack film terkenal.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China