Cari:
Presiden CRI, Wang Gengnian Temui Tan Sri Lim Gait Tong di Pulau Pinang
2008-12-08 14:40:34 CRI Cetak

Presiden CRI, Wang Gengnian (empat dari kiri) bertemu ramah dengan Presiden Dewan Perhimpuan China Malaysia, Tan Sri Lim Gait Tong (tiga dari kiri).

Ketua Bahagian Bahasa Melayu CRI, Zhang Wenwen sedang memperkenalkan laman web CRI dalam bahasa Melayu kepada Presiden Dewan Perhimpuan China Malaysia, Tan Sri Lim Gait Tong.

Radio Antarabangsa China (CRI) sentiasa berusaha meningkatkan hubungan kerjasama persahabatan antara China dengan Malaysia. Dalam siaran radio ke Malaysia, bukan sahaja menawarkan bahasa Melayu, malah juga terdapat bahasa Mandarin, dialek Hokian, Kantonis, Hakka dan Chaozhou. Banyak programnya mendapat sambutan baik daripada para pendengar di Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Presiden CRI, Wang Gengnian ketika menemui Presiden Dewan Perhimpunan Cina Malaysia yang juga pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Pulau Pinang, Tan Sri Lim Gait Tong di Pulau Pinang semalam.

Wang Gengnian menyatakan CRI telah mendapat sokongan penuh daripada ramai perantau China di Malaysia semasa mengembangkan penyiaran ke luar negara. Beliau berharap Dewan Perhimpunan Cina Negeri Pulau Pinang terus memberi sokongan kepada CRI.

Tan Sri Lim Gait Tong pula menyatakan orang Cina dan perantau Cina di Malaysia mencintai China dan sentiasa memberi sokongan penuh terhadap pelbagai pembinaan di negara ini. Terutamanya pada tahun-tahun kebelakangan ini, dalam usaha menyelamat bencana gempa bumi dan membantu mangsa-mangsa, pembangunan ekonomi negara atau penganjuran Sukan Olimpik Beijing, mereka telah memberi perhatian dan sokongan besar. Tan Sri Lim Gait Tong berharap agar CRI terus meningkatkan hubungan dengan Dewan Perhimpunan Cina Negeri Pulau Pinang dan bertindak ibarat jambatan antara orang Cina dan perantau China di Malaysia dengan negara tirai sutera ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China