Cari:
Menyambut Ulang Tahun ke-50 Siaran Bahasa Melayu CRI (Video)
2009-06-18 17:51:43 CRI Cetak



Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Siaran Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) diadakan di Kerry Centre, Beijing pada 16 Jun 2009.

Tetamu-tetamu kehormat yang hadir majlis tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Syed Norulzaman bin Syed Kamarulzaman, Duta Besar Brunei Darussalam ke China, Puan Magdalene Teo dan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Republik Singapura di Beijing, Puan Foo Teow Lee, dan Presiden CRI, Encik Wang Gengnian.

CRI yang ditubuhkan pada bulan Disember 1941 merupakan satu-satunya stesen radio kerajaan China yang menyiarkan rancangan ke seluruh dunia, dan salah satu matlamat besarnya ialah meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara China dengan negara-negara lain di dunia.

Pada 1 Mac 1959, CRI memancarkan siarannya dalam bahasa Melayu buat pertama kali ke udara. Siaran ini boleh didengar di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, sebahagian kawasan di Indonesia dan selatan Thailand.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China