Cari:
Maklumat tentang pelancongan di kawasan Mindong, Provinsi Fujian
2009-11-12 12:18:24 CRI Cetak
Mohon penjelasan tentang destinasi pelancongan apa saja yang ada di kawasan Mindong provinsi Fujian?

Suwito dari Bandung Indonesia

Hi, saudara Suwito,

Kawasan Mindong yang terdiri daripad sebuah daerah, dua buah bandar dan 6 buah kaunti terletak di bahagian timur laut Provinsi Fujian. Kawasan ini berjiran dengan Provinsi Zhejiang di bahagian utara dan Pulau Taiwan dengan menyeberangi Selat Taiwan di bahagian timur. Suhu udara di kawasan ini purata 14-19 darjah selsius dan sesuai untuk melancong sepanjang tahun.

Kawasan Mindong mempunyai sejarah yang lama, sudah ada manusia menghuni di sana sejak Zaman Batu Baru, yang dapat dilihat menerusi peninggalan sejarah seperti kumpulan bangunan dan ukiran batu di kawasan tersebut. Selain itu, ramai tokkoh terkemuka dalam sejarah China juga pernah melawat atau menghuni di kawasan itu. Antara mereka, Zhu Xi, ahli falsafah dan pengkritik China terkemuka pada Dinasti Song, memberi sumbangan besar untuk membangunkan budaya dan sastera di kawasan Mindong. Hasil cadangan beliau, sebanyak 9 kolej telah dibuka di kawasan Gutian untuk memberi pendidikan kepada penduduk tempatan. Zhu Xi sendiri mengajar di Kolej Lantian selama 3 tahun untuk melatih sejumlah besar tenaga profesional. Zhu Xi banyak menghasilkan syair yang memuji keindahan gunung, sungai dan persekitaran di kawasan Mindong. Ini meninggalkan kesan rohaniah yang berharga kepada generasi yang kemudian.

Kawasan Mindong kaya dengan sumber pelancongan. Gunung Taimu di Fuding, Gunung Zhiti di Ningde, Air Terjun Jiulongji di Zhouning, Sungai Kap di Zhouning, Tasik Cuiping di Gutian, dan pelabuhan semula jadi di Sanduao merupakan destinasi pelancongan yang ternama.

Kawasan Mindong, kawasan yang paling padat penduduk etnik She. Jumlahnya memecah 160 ribu orang yang merupakan satu perempat jumlah penduduk etnik She di seluruh negara. Penduduk etnik itu rajin bekerja dan hidup serba sederhana, pandai menyanyi dan menari. Budaya tradisi dan adat resam etnik yang amat unik ini bukan sahaja memperkayakan budaya China, malah menjadi tumpuan para pelancong.

Kawasan Mindong berjiran dengan Selat Taiwan di bahagian timur. Garis pantainya sepanjang 878 kilometer, kawasan pengairannya seluas lebih 44 ribu kilometer persegi, dan terdapat lebih 1200 buah pulau, terumbu karang, pantai, tanjung dan kuala. Ini menjadikan kawasan Mindong kaya dengan hasil hidupan air, seperti ikan, udang dan kupang, iaitu lebih 600 jenis. Di samping itu, 334 buah pulau di kawasan perairan Mindong menjadi tempat yang sesuai untuk mengembangkan industri pelancongan. Kerana syarat yang begitu baik untuk membangunkan industri laut, maka pada masa ini, kegiatan ekonomi berkembang pesat di kawasan sepanjang pantai kawasan Mindong.

Bahagian Bahasa Melayu CRI

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China