Cari:
Maklumat tentang Influenza A H1N1
2010-01-14 17:36:24 CRI Cetak

Saya nak mengetahuhi penyakit H1N1.

Jamuna

Hi, Jamuna:

Influenza A H1N1 adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh sejenis virus baru iaitu virus Influenza A H1N1. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus Influenza babi, burung dan manusia. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Dikesahkan bahawa virus Influenza A H1N1 ini adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain.

Gejala jangkitan virus Influenza A H1N1 adalah serupa dengan gejala selesema bermusim seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit yang dilaporkan. Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Ancaman virus ini amat besar terhadap wanita mengandung, pesakit yang mengidap penyakit kronik.

Untuk mengelak daripada dijangkiti Influenza A H1N1, perkara yang terpenting adalah membasuh tangan dengan sabun dan air dengan kerap. Amalkan cara hidup sihat, seperti dapatkan tidur yang cukup, sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air, makan makanan berkhasiat dan lakukan aktiviti fizikal. Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut, menyentuh tempat yang dicemari dengan virus, serta hubungan dengan mereka yang sakit untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.

Jika kena sakit akibat demam selesema, perlu segera mendapatkan rawatan daripada doktor, jangan bekerja, pergi ke sekolah atau tempat awam yang sesak, mengehadkan pergaulan dengan orang lain. Tutup mulut dengan tisu semasa batuk dan bersin untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.

Vaksin Influenza A H1N1 sudah dipasarkan pada bulan Oktober tahun lalu. Walau bagaimanapun usaha untuk menghasilkan vaksin tersebut di seluruh dunia amat terhad.

Kerajaan China menumpukan perhatian terhadap menghasilkan vaksin Influenza A H1N1 dan memperuntukan sejumlah dana yang besar bagi usaha tersebut. Pada bulan Ogos tahun lalu, ujian klinikal vaksin Influenza A H1N1 telah selesai dibuat di China dan keputusannya menunjukkan bahawa vaksin tersebut berkesan dan selamat bagi manusia. Ini merupakan keputusan ujian klinikal vaksin wabak Influenza A H1N1 pertama yang diberi penilaian awal di dunia. Pada bulan September, China berjaya melaksanakan percubaan dari segi klinikal terhadap vaksin Influenza A H1N1 itu dengan membuktikan keselamatan dan keberkesanannya. Ini menyebabkan China menjadi negara pertama di dunia yang dapat menggunakan vaksin Influenza A H1N1. Sejak bulan Oktober, suntikan vaksin itu diberikan secara percuma kepada kumpulan penduduk yang dipilih di bandar Beijing. Mereka ini termasuk pelajar dan guru sekolah rendah dan sekolah menegah, petugas profesional kesihatan awam, petugas awam di sektor pengangkutan, kuarantin dan lain-lain; pegawai-pegawai penting dalam jabatan kerajaan dan orang tua yang berusia 60 tahun ke atas. Jabatan Kesihatan Bandar Beijing kemudiannya memaklumkan bahawa warga Beijing yang berumur 3 tahun ke atas boleh mendapat suntikan vaksin Influenza A H1N1 secara percuma di 402 pusat kesihatan di seluruh bandar ini. Pada bulan Disember pula, China berjaya memperoleh preskripsi ubat tradisional China bagi mengubati wabak Influenza A H1N1. Preskripsi tersebut diperoleh menerusi penyelidikan bersama oleh beberapa buah institut pengajian perubatan tradisional China. Melalui ujian pada haiwan dan pengajian klinikal terhadap 410 orang pesakit yang dijangkiti Influenza A H1N1, preskripsi tersebut didapati mujarab. Menurut statistik yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan China baru-baru ini, setakat 10 Januari lalu, lebih 123 ribu kes Influenza A H1N1 disahkan di Tanah Besar. Daripada jumlah itu, 114 ribu orang dapat disembuhkan, manakala 714 orang lain maut. Pegawai dari kementerian tersebut turut menyatakan, kini seramai 55,670 ribu orang telah menerima suntikan vaksin Influenza A H1N1 di Tanah Besar China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China