Cari:
Menikmati Keindahan Gunung Hengshan Provinsi Hunan China
2010-01-19 17:48:08 CRI Cetak

Soalan saya mengenai Gunung Hengshan di provinsi Shanxi sudah di jawap beberapa masa yang lalu. Sekarang ada pula Gunung Hengshan di provinsi Hunan. Mohon penjelasan. Ada hal-hal apa saja yang menarik di gunung tersebut? 

Suwito dari Bandung Indonesia

Gunung Hengshan yang juga digelar "Nan Yue" merupakan salah satu daripada lima gunung yang terkenal di China. Yang lain ialah Gunung Tai di Provinsi Shandong, Gunung Hua. Provinsi di Shaan xi, Gunung Hengshan di Provinsi Shanxi, Gunung Songshan di Provinsi Henan. Gunung Hengshan terletak di Bandar Hengyang, Provinsi Hunan dengan ketinggian 1,300.2 meter dari paras laut. Gunung ini memiliki 72 buah puncak dan melintasi lapan buah bandar dan panjangnya kira-kira 400 kilometer. Lima daripada puncaknya amat terkenal, iaitu Puncak Zhu Rong yang letaknya paling tinggi dari paras laut, iaitu 1,290 meter, Puncak Tian Zhu, Puncak Fu Rong, Puncak Zi Gai dan Puncak Shi Bing.

Gunung ini memiliki tapak-tapak warisan budaya yang sejarahnya agak lama dan penuh dengan legenda serta mitos. Menurut cerita legenda di kalangan rakyat tempatan, Puncak Zhu Rong pernah menjadi kediaman Dewa Api, yang bernama nama Zhu Rong. Di sebelah barat puncak ini ada satu tempat khusus untuk pelancong menikmati pemandangan ketika matahari terbit, dan keindahan bulan pada malam hari.

Dewan Cang Jing di Gunung Hengshan

Oleh sebab cuaca dan iklim gunung ini cukup baik, tumbuh-tumbuhan hidup subur dan bunga-bungaan berkembangan, menjadikan pemandangan di sana amat mempesonakan.

Puncak Zhu Rong di Gunung Hengshan

Yang lebih menarik di kawasan gunung ini ialah lapan pemandangan yang terkenal dan paling istimewa, iaitu Puncak Zhu Rong yang megah, Dewan Cang Jing yang indah, Gua Shui Lian yang mengagumkan, Kuil Fang Guang dan Tugu Peringatan Da Yu yang sejarahnya amat lama, Kuil Nan Yue yang agung, Dataran Mojingtai serta Jambatan Huixian.

Gunung ini merupakan pusat budaya agama Buddha dan ajaran Tao di bahagian selatan China. Terdapat 200 buah kuil di kawasan Gunung Hengshan ini. Berbanding dengan empat gunung yang paling indah pemandangannya, Gunung Hengshan di Hunan ini mempunyai kumpulan bangunan kuno yang terbanyak, iaitu kuil Nan Yue dengan luasnya kira-kira 98,500 meter persegi. Ia digelar "Kuil Pertama" di bahagian selatan China. Ruang utamanya yang tingginya 22 meter kelihatan amat mengagumkan. 72 batang tiang batu dalam ruang ini menandakan ada 72 buah puncak di Gunung Hengshan.

Gua Shui Lian di Gunung Hengshan

Di kawasan gunung ini, hujan selalu turun pada musim bunga, dan suhu pada musim panas dan musim sejuknya amat sederhana. Gunung ini dilitupi oleh kabus dan awan hampir tujuh bulan sepanjang tahun. Masa yang paling sesuai untuk mendaki gunung ini ialah pada hujung musim panas dan awal musim gugur. Pada waktu itu, iklimnya amat nyaman, tumbuh-tumbuhan masih subur dan keindahannya mempesonakan. Dari bulan Disember hingga awal bulan Febuari, pelancong dapat menikmati pemandangan salji yang terkenal dan cukup indah serta keajaiban pemandangan kabus beku yang tidak dapat dinikmati di tempat yang lain di bahagian selatan China kecuali di gunung ini.

Pemandangan Salji Gunung Hengshan

Gunung Hengshan disenaraikan sebagai Kawasan Pemandangan Alam dan Budaya pada tahun 1982 dan Kawasan Perlindungan Alam Peringkat Negara oleh Dewan Negara China pada tahun 2007.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China