Cari:
Bagaimana cuaca di  Beijing pada bulan November?
2010-03-30 10:54:28 CRI Cetak

1. Saya dan keluarga ingin melancung ke Beijing pada bulan November 2010. Bagaimana cuaca di sana? Adakah sesuai?

2. Bila musim bunga di Beijing pada tahun 2010?

3. Pada pandangan tuan bulan berapa yang paling sesuai rakyat Malaysia melancung ke Beijing?

Sukiman Bin Said dari Malaysia

Hi, saudara Sukiman,

Musim di Beijing adalah hujung musim gugur dan permulaan musim sejuk pada bulan November, suhu udaranya agak rendah, hanya beberapa darjah selsius sahaja pada siang hari. Adakalanya hujan, adakalanya turun salji. Jika anda ingin melancong ke Beijing pada masa itu, anda perlu pakai pakaian yang tebal.

Musim bunga biasanya bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei. Pada pandangan kami, bulan September  dan Oktober yang paling sesuai untuk melancong di Beijing kerana cuaca pada masa itu bukannya sangat panas atau sangat sejuk.

Bahagian Bahasa Melayu CRI

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China