Cari:
Penjelasan Tentang Batu jed
2010-06-07 15:18:42 CRI Cetak
Mohon penjelasan tengan Batu jed .

Suwito dari Bandung Indonesia

Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Lebih penting lagi, ia adalah simbol kemuliaan, keindahan, maruah, dan ketinggian taraf bagi orang China. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai atau harganya yang tinggi tetapi kerana ia dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemiliknya.

Sebagai batu perhiasan, jed sebenarnya terdiri daripada beberapa unsur galian silika yang berlainan dan kaya dengan zink, kalsium, natrium, aluminium dan magnesium serta bahan-bahan kimia yang lain yang diperlukan bagi kesihatan manusia. Berdasarkan hasil kajian sains dan teknologi, bagi mereka yang selalu memakai jed, bahan-bahan kimia tersebut dapat menyerap ke dalam tubuh badan si pemakai menerusi kulit mereka. Hal ini amat berkesan bagi menyeimbangkan fungsi organ penting dalam badan sehingga dikatakan dapat merawat penyakit.

Jenis batu jed ada bermacam-macam. Antaranya terdapat sekurang-kurangnya 106 jenis batu jed yang dikatakan boleh dimakan atau disapu untuk merawat penyakit.

Terdapat juga batu jed yang dapat menerima cahaya matahari pada siang hari dan mengeluarkan sinar itu pada waktu malam. Berdasarkan penyelidikan perubatan tradisional China, cahaya itu berfungsi merangsang sistem kolateral badan untuk menjaga kesihatan manusia. Bagi warga emas yang selalu memakai gelang jed pula, gelang ini dikatakan boleh mengurut pergelangan tangan mereka. Hal ini dikatakan bukan sahaja membantu untuk memulihkan daya penglihatan warga tua, malah boleh menyebabkan mereka merasa semangat.

Berdasarkan catatan daripada buku perubatan purba China, jed juga boleh dikeman dalam mulut untuk membantu merawat penyakit perut, paru-paru dan kerongkong. Kaedah ini juga dikatakan baik bagi menjaga rambut dan mengekalkan semangat.

Sebab itulah, jed dikatakan benar-benar dapat membantu untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan melanjutkan usia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China