Cari:
Minggu Aktiviti Provinsi Heilongjiang Ekspo Dunia Shanghai Berjaya Paparkan Kemajuan Sebenar
2010-06-21 14:16:44 CRI Cetak

(Hamidi Zakaria, dua dari kiri, bersama-sama pemberita-pemberita asing membuat liputan di Ekspo Dunia 2010 di Shanghai)

Liputan selama tiga hari yang dilakukan oleh seramai lapan orang wartawan dari lapan perkhidmatan CRI iaitu mewakili siaran bahasa Inggeris, Greek, Bangladesh, Albania, Melayu, Urdu, Swahili dan Pushtu mengenai Minggu Aktiviti Provinsi Heilongjiang Ekspo Dunia di Shanghai pada 7 Jun 2010 benar-benar berjaya memaparkan kemajuan besar yang dilalui oleh provinsi tersebut.

Liputan sebenar dibuat ketika sidang akhbar mengenai Minggu Aktiviti Provinsi Heilongjiang diadakan di Pusat Media Ekspo Dunia pada sebelah pagi 8 Jun 2010 oleh Naib Gabenor Provinsi Heilongjiang, Encik Sun Yao. Sidang akhbar dipengerusikan oleh Tan Yuhong, Pengarah Jabatan Penerangan Kerajaan Provinsi Heilongjiang. Kemudian para wartawan dibawa ke Pentas Baogang untuk Majlis Perasmian Minggu Provinsi Heilongjiang. Ketika itu para wartawan berpeluang menyaksikan acara gilang gemilang yang dihiasi dengan persembahan kebudayaan oleh warga dari Provinsi Heilongjiang. Pada sebelah petang hari yang sama kami bersama-sama mengikuti Forum Minggu Heilongjiang yang diadakan di Tingkat Dua, Hotel Sheraton Shanghai. Forum yang bertema "Ais Dan Salji Membezakan Provinsi Kami Dengan Tempat Lain" telah diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh para pegawai provinsi yang mewakili pelbagai sektor yang membincangkan topic-topik seperti pembangunan, pertanian, pelancongan, sukan, ekonomi, perdagangan serta ekologi hijau di Provinsi Heilongjiang. Semasa sidang akhbar diadakan Provinsi Heilongjiang turut menampilkan duta-duta sukan dari provinsi berkenaan yang merupakan juara dunia Sukan Olimpik Musim Sejuk China dalam acara luncur pecut lorong pendek iaitu Yang Yang dan Wang Meng, juara dunia dalam acara luncur ais berirama berpasangan, Shen Xue dan Zhao Hongbo. Selain itu juara dunia China dalam acara curling berpasukan, Wang Bingyu, Yue Qingshuang, Liu Yin dan Zhou Yan juga turut serta.

Beberapa perkara yang dapat saya rumuskan hasil daripada sidang akhbar dan forum yang telah diadakan mengenai kejayaan serta kemajuan yang dilalui oleh Provinsi Heilongjiang. Provinsi Heilongjiang yang terletak di timur laut China dengan keluasan 454 ribu kilometer persegi yang merupakan 4.9 peratus keluasan negara China adalah kawasan pertanian terbesar dan salah satu daripada pengeluar utama bjirin di China. Kedudukan geografi dan kesuburan tanahnya menjadikan Provinsi Heilongjiang sebagai provinsi pertama di China dalam penghasilan beras, kacang soya dan jagung.

Provinsi Heilongjiang mempunyai sumber pelancongan ekologi paling kaya seperti kawasan tanah hutan, tanah paya, sungai-sungai sempadan, tasik dan juga lanskap lava gunung berapi. Keluasan hutannya meliputi 43.6 peratus yang mengatasi purata tanah hutan negara. Terdapat sebanyak 640 buah tasik di provinsi ini yang didiami oleh burung jenjang (Red Crown Cranes) iaitu spesis burung yang terkenal di China. Heilongjiang menjadi provinsi utama di China yang menjalankan kerjasama ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi dengan Rusia sesuai dengan kedudukan geografinya.

Pada masa lalu ais dan salji di provinsi ini menggambarkan bagaimana cuacanya yang penuh dengan kepayahan, namun hari ini sumber ais dan saljinya menjadi daya penggerak kepada kemajuan ekonomi Provinsi Heilongjiang. Usaha gigih yang dilkukan sejak 20 tahun lalu mengubah akitiviti ais dan saljinya menjadi industri budaya ais dan salji yang menggabungkan ais dan seni salji, ais dengan ekonomi dan perdagangan, sukan musim sejuk, pelancongan musim sejuk dan hiburan musim sejuk yang telah terkenal ke peringkat antarabangsa. Festival Ais Harbin dan Festival Salji bersama-sama dengan festival-festival di Norway, Jepun dan Kanada kini merupakan empat festival ais d an salji dunia yang terkenal.

- Hamidi Zakaria

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China