Cari:
Negara Pengerusi Bergilir Kesatuan Eropah (EU) pada 1 Julai
2010-08-03 15:52:59 CRI Cetak
Belgium menggantikan Spanyol menjadi Negara Pengerusi Bergilir Kesatuan Eropah (EU) pada 1 Julai lalu, dan melaksanakan kuasanya sebagai negara pengerusi pertubuhan itu secara rasmi pada 5 Julai. Belgium merupakan sebuah daripada 6 buah negara yang paling awal menjadi anggota EU, dan sudah 12 kali menjadi negara pengerusi bergilir pertubuhan itu. Pada setengah tahun kedua tahun ini, Belgium akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawabnya yang penting di EU itu.

Setelah krisis hutang berlaku di kawsasan Euro, EU akan menumpukan perhatian pada kawalan ekonomi bagi menghasilkan lajakan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kewangan pada separuh tahun kedua tahun ini. Dalam konteks ini, EU akan menetapkan langkah dan meluluskan ketetapan untuk menyelaraskan dasar ekonomi negara-negara anggotanya, mengetatkan penyeliaan dan pengawalan terhadap sektor kewangan yang melibatkan tabung pelindung nilai dan pengurusan agensi penilaian kredibiliti, mengutip cukai perbankan, melaksanakan konvensyen kestabilan kewangan EU untuk menjayakan "Strategi Pembangunan 2020". Selain itu, dalam tempoh setengah tahun ini, EU juga akan memberikan keutamaan kepada usaha menyediakan peluang kerja, menggalakkan inovasi dan menetapkan dasar industri yang berdaya saing. EU juga merancang menubuhkan sebuah jabatan diplomatik EU yang baru, iaitu Jabatan Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah pada 1 Disember nanti, iaitu sempena ulang tahun pertama penguatkuasaan "Perjanjian Lisbon" . Tindakan ini bertujuan untuk mendorong proses integrasi Eropah.

Pada Sidang Pleno Parlimen Eropah yang diadakan pada 7 Julai lalu, Perdana Menteri Belgium Yves Leterme, ketika memperkenalkan rancangan Belgium sebagai Negara Pengerusi Bergilir EU berkata bahawa pihaknya akan berusaha untuk membentuk sistem penyeliaan dan pengawalan kewangan EU yang baru, memperkukuh kawalan ekonomi dan mengekalkan lajakan pertumbuhan ekonomi EU, mengekalkan struktur masyarakat yang sedia ada, meningkatkan keupayaan inovasi serta mendorong pelaksanaan "Perjanjian Lisbon" di EU. Beliau juga menegaskan bahawa Belgium akan memberikan keutamaan kepada perlindungan alam sekitar dan masalah perubahan iklim. Menurut beliau, pada zaman globalisasi ini, negara-negara Eropah perlu berusaha untuk mengembangkan ekonomi yang berdaya saing, berdaya cipta dan rendah karbon. Di samping itu, beliau juga menyeru supaya EU membina keyakinan dan tekad demi pembangunan Eropah pada masa depan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China