Cari:
Menjawab Soalan Tentang Kemudahan Makanan Islam di Guilin
2010-10-14 08:58:43 CRI Cetak

Salam. Nak tanya tuan kemudahan makanan Islam di Guilin, adalah ada di mana-mana macan di Beijing. Saya bercadang ke Guilin pertengahan Januari ketika cuaca paling sejuk. Mungkin tuan boleh berkongsi pengalaman.

HJ Abdullah dari Malaysia

Salam. Guilin memang terkenal dengan sungai-sungai dan bukit-bukau yang mempesonakan. Saudara telah membuat pilihan yang bijak untuk ke Guilin kerana bukan saja tempatnya indah, tetapi komuniti Islamnya juga sudah agak lama. Ini akan memudahkan para pelancong Islam.

Terdapat banyak masjid di Guilin; dan di mana adanya masjid, di situ juga adanya restoran Islam. Mencari makanan yang halal di Guilin bukanlah satu masalah besar. Saudara boleh mencuba makanan Islam tempatan di restoran yang bersebelahan dengan Masjid Lama. Guilin terkenal dengan mi, jadi jika saudara berkesempatan ke restoran yang menghidangkan mi, saudara janganlah lupa untuk mencubanya.

Cuaca di Guilin pada bulan Januari memang sejuk, anggaran 4 hingga 10 darjah celcius. Saudara dinasihatkan membawa pakaian musim sejuk yang secukupnya dan bersedia secara fizikal dan mental untuk menghadapi angin yang sejuk.

Harap jawapan saya ini dapat membantu saudara merancang perjalanan ke Guilin.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China