Cari:
Percutian ke Guangzhou, Tembok Besar dan Kota Larangan
2010-11-05 17:51:03 cri Cetak
Salam. Tahniah kepada saudara seisi keluarga kerana berpeluang melancong ke Guangzhou. Pada bulan Jun, Guangzhou mengalami musim panas dengan suhu antara 23 hingga 32 darjah celcius. Cuaca yang begini akan memudahkan perjalanan saudara kerana saudara tidak perlu membawa pakaian yang tebal-tebal.

Pelancong Islam seperti saudara sekeluarga akan mendapati tidak susah untuk mencari masjid dan makanan halal di Guangzhou. Saudara bolehlah melayari laman web IslamiChina (http://www.islamichina.com) untuk maklumat lebih lanjut tentang Guangzhou.

Tembok besar China dan Kota Larangan terletak di bandar Beijing. Jarak dari Guangzhou ke Beijing adalah lebih kurang 1,900km dan perjalanan menaiki kapalterbang biasanya akan mengambil masa 3 jam. Saudara juga boleh menaiki keretapi sekiranya ingin menjimatkan kos, tetapi perjalanannya boleh memakan masa 20 jam hingga satu hari. Untuk maklumat lebih lanjut, saudara bolehlah melayari laman web agensi penerbangan atau pelancongan. Masih banyak lagi masa untuk suadara membuat persiapan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China