Cari:
Penjelasan Soalan Tentang Sukan Asia ke-16 yang sedang berlangsung di Guangzhou
2010-11-24 14:22:33 CRI Cetak
Suwito dari Bandung Indonesia memohon supaya diperkenalkan Sukan Asia ke-16 yang sedang berlangsung di Guangzhou China sekarang.

Sukan Asia ke-16 dengan tema Temasya Yang Rancak, Asia Yang Harmoni telah dirasmikan di Guangzhou pada 12 November lalu dan akan berakhir pada 27 November nanti.

Ini merupakan sebuah lagi temasya sukan yang besar yang dianjurkan oleh China selepas Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Sukan Asia ini skalanya paling besar dan acaranya paling banyak. Kira-kira 14 ribu orang atlet dan pegawai kontinjen dari 45 buah negara dan kawasan di Asia datang ke Guangzhou untuk menyertai pertandingan dalam 476 acara bagi 42 jenis sukan. 6 daripada acaranya, iaitu sukan kriket, sukan tari, perahu naga, catur weiqi, catur xiangqi dan sukan roller merupakan acara baru bagi Sukan Asia kali ini.

Lima ekor kambing yang digelar "Le Yangyang" menjadi maskot Sukan Asia kali ini. Jumlah maskot kali ini merupakan yang paling banyak dalam Sukan Asia yang diadakan sebelum ini. Lima ekor kambing merupakan simbol bandar raya tuan rumah Guangzhou yang digelar Bandar raya Lima Kambing. Menurut kepercayaan orang China, simbol lima ekor kambing ini membawa tuah kepada orang. Jadi, tujuan menjadikan lima ekor kambing sebagai maskot Sukan Asia kali ini adalah untuk menggambarkan sejarah, budaya dan semangat di bandar Guangzhou. Nama kambing-kambing ini iaitu A Xiang, A He, A Ru, A Yi dan Le Yangyang yang bermakna sejahtera, harmoni, bahagia, sempurna dan gembira, dan bermaksud umpama doa dan restu untuk rakyat Asia, di samping membawa konsep Sukan Asia kali ini, iaitu "rancak dan harmoni". Kelima-lima maskot ini direka bersama oleh 4 orang mahasiswa yang sedang belajar di Institut Seni Halus Guangzhou dan 3 orang pensyarah mereka.

Selain daripada maskot, lagu tema rasmi Sukan Asia juga menari perhatian orang ramai. Lagu tema rasmi Sukan Asia kali ini berjudul Jumpa Semula (Reunion) yang dipersembahkan oleh dua orang penyanyi China yang terkenal iaitu Mao Amin dan Sun Nan.

Lirik lagu ini juga menunjukkan konsep Sukan Asia, iaitu Sukan Asia bukan sahaja merupakan temasya sukan, malah merupakan majlis pertemuan persahabatan yang diadakan sekali setiap 4 tahun antara rakyat pelbagai negara di Asia. Walaupun kawasan rantau Asia ini luas, tetapi persahabatan yang erat antara rakyatnya berjaya mendekatkan hati antara satu sama lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China