Cari:
Penjelasan Tentang Festival Chongyang
2010-11-24 14:24:23 CRI Cetak
Suwito dari Bandung Indonesia memohon supaya diperkenalkan Festival Chongyang China.

Festival Chongyang jatuh pada 9 hari bulan, bulan kesembilan Imlek China. Festival ini juga disebut sebagai Pesta Warga Emas. Festival Chongyang mula disambut pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), dan disambut sebagai hari raya kalangan rakyat secara rasmi dari zaman Dinasti Tang (tahun 618 - 907 Masihi) hinggalah sekarang. Menurut tradisi China, hari raya ini disambut dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua anggota keluarga, terutamanya melancong bersama-sama untuk menikmati pemandangan yang indah dan mendaki gunung yang membawa makna mengelakkan diri daripada ditimpa bencana, menempel daun herba yang bernama cornus di kepala dengan tujuan untuk menolak bala, menjaga kesihatan, minum arak kekwa dan memakan kueh Chongyang.

Bunyi angka 9 dalam bahasa Mandarin sama dengan bunyi huruf yang bermakna lama atau panjang, maka 9 haribulan, bulan kesembilan membawa maksud panjang umur dan sihat. Sehubungan itu, orang China selalu mengadakan upacara untuk menyatakan penghormatan kepada nenek moyang dan mengadakan aktiviti untuk menujukkan rasa hormat kepada warga emas pada hari tersebut. Sejak tahun 1980-an, Festival Chongyang dijadikan sebagai Pesta Warga Emas di beberapa tempat di China dengan tujuan membina suasana yang menghormati, menjaga dan membantu warga emas di kalangan masyarakat. Kerajaan China memberikan perhatian terhadap perlindungan warisan budaya bukan benda, dan mengesahkan tradisi China ini disenaraikan dalam senarai warisan budaya bukan benda peringkat negara kumpulan pertama pada bulan Mei 2006.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China