Cari:
"Jiangxi yang Menawan"—Kuiz Pengetahuan Mengenai Sumber Pelancongan di Jiangxi
2011-03-25 13:15:21 CRI Cetak

Untuk makluman anda, "Jiangxi yang Menawan"—Kuiz Pengetahuan Mengenai Sumber Pelancongan di Jiangxi yang dianjurkan oleh Radio Antarabangsa China (CRI) berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Mac 2011.

Provinsi Jiangxi yang terletak di kawasan aliran tengah dan hilir Sungai Yangtze di bahagian tenggara China ini kaya dengan sumber pelancongan, dan memiliki seni budaya tempatan yang unik. Selain itu ramai tokoh terkemuka di China juga berasal dari provinsi ini. Antara tempat-tempat yang menarik di provinsi ini termasuk Gunung Lushan yang amat indah pemandangannya, Gunung Sanqingshan yang disenaraikan sebagai Warisan Budaya dan Alam Dunia, bandar Jingdezhen yang digelar "Kota Tembikar China" dan Kampung Wuyuan yang dikenalit sebagai kampung yang paling indah pemandangannya di China.

Untuk membantu anda mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang Provinsi Jiangxi ini, Radio Antarabangsa China (CRI) menganjurkan kuiz pengetahuan mengenai sumber pelancongan di Jiangxi melalui siaran radio dan laman web yang diusahakan oleh 10 buah bahagian bahasa CRI. Kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam kuiz ini.

Kuiz ini terdiri daripada enam bahagian. Kami mengemukakan 10 soalan dalam keenam-enam bahagian ini. Mereka yang memberikan jawapan yang betul bagi semua soalan akan berpeluang memenangi hadiah daripada CRI.

10 orang pemenang hadiah khas yang terpilih akan diberi peluang melawat provinsi Jiangxi atas tajaan CRI. Program ini juga menawarkan "Hadiah Pertama", "Hadiah Kedua" dan "Hadiah Ketiga".

Anda boleh menghantar jawapan melalui e-mel kepada kami di alamat: mal@cri.com.cn, atau menghantar jawapan ke alamat: Malay Service, CRI-18 China Radio International, P.O. Box 4216, 100040 Beijing, P.R. China

Terima kasih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China