Cari:
Pendapat Anda Mengenai "Telefon Bimbit"
2011-04-02 16:49:03 CRI Cetak

Telefon bimbit atau "Shou Ji" dalam bahasa Mandarin sudah sebati dengan kehidupan harian kita. Ada antara kita yang merasakan telefon bimbit itu salah satu keperluan asas dan tidak boleh tidak ada telefon bimbit. Apakah peranan sebenar yang dimainkan oleh telefon bimbit dalam kehidupan kita? Memandangkan fungsi telefon bimbit semakin canggih, adakah kita akan semakin bergantung kepada telefon bimbit? Sila jawab soalan-soalan yang berikut.

1: Selain membuat panggilan dan menghantar pesanan, apakah fungsi lain telefon bimbit yang kerap anda gunakan?

2: Kebanyakan telefon bimbit kita sudah boleh sambung ke internet melalui perkhidmatan WIFI atau teknologi 3G. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan kemudahan tersebut?

3: Berapa lama anda boleh bertahan tidak menggunakan telefon bimbit? Sehari? Seminggu?

Mereka yang jawapannya dibacakan dalam "Salam" pada 8 April nanti akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda dan kirimkan kepada kami sebelum 7 April.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China