Cari:
Komen tentang Telefon Bimbit dari Ruzaidi bin Kardi, Malaysia
2011-04-07 08:47:24 CRI Cetak

1.Selain membuat panggilan dan menghantar pesanan, telefon bimbit saya ibarat diari saya. Ini kerana, pelbagai urusan-urusa penting, mesyuarat dan aktiviti yang perlu saya ikuti untuk sepanjang bulan akan saya simpan di dalam aplikasi nota. Kadang kala telefon bimbit digunakan untuk melayari internet untuk melihat email2 terbaru, melayari facebook dan blog.

2: Kebaikkannya ialah kita boleh mendapatkan semua maklumat di depan mata dengan mudah. Tak kira di mana sahaja, bila-bila masa sahaja, semuanya dapat dilayari dengan sekali \"klik\" sahaja. Keburukkannya pula ialah dari segi pengurusan bil telefon bimbit. Ini kerana untuk mengekses ke internet memerlukan data streaming jika kita tidak mempunyai punca WiFi berhampiran. Oleh itu, kita tidak boleh mengawal jumlah bil yang akan kita terima nanti.

3: Telefon ibarat nyawa, perkara pertama yang akan saya capai jika keluar dari rumah ialah telefon bimbit, bila tidur pun telefon bimbit akan sentiasa menemani di sisi. Jadi bagi saya, saya tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit walaupun sesaat.

Dari : Ruzaidi Bin Kardi
Ampang Selangor

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China