Menghormati orang lebih tua adalah kewajipan yang peru kita laksanakan. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan kerana menghormati orang tua bukanlah bermakna kita perlu ikut sahaja kehendak mereka, tetapi ia meliputi konteks yang lebih besar lagi.
Cara untuk menghormati orang tua ada pelbagai cara. Setiap agama di dunia ini ada landasan yang tersendiri untuk menghormati orang tua tetapi pada dasarnya ia adalah satu matlamat yang sama. Yang pertama adalah dari segi pertuturan, merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka dan menggunakan bahasa-bahasa atau kata-kata yang sopan adalah dituntut. Gerak tubuh juga memainkan peranana.
Dalam komuniti Melayu Malaysia, ada satu adat dimana yang lebih muda perlu menundukkan badan sedikit jika mahu berjalan di hadapan orang yang lebih tua. Jangan dilupa juga orang tua yang telah meninggakan kita. Mereka yang berada di dalam kubur tidak bermakna kita boleh melupakan dan tidak menghormat mereka. Menziarahi kubur mereka dengan kerap dan mendoakan kesejahteraan mereka adalah satu penghormatan terpuji.
Cara mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua adalah melalui ibu bapa sendiri. Ibu bapa perlukan menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. Ibu Bapa juga perlu menghormati ibu bapa mereka sendiri terlebih (nenek kepada anak-anak) dahulu supaya anak-anak dapat mencontohi tauladan yang baik ini.
Dari : Ruzaidi Bin Kardi
Ampang Selangor