Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Ibu Harimau"
2011-04-11 18:03:44 CRI Cetak

Baru-baru ini, sebuah buku menjadi terkenal setelah mencetuskan perbincangan hangat mengenai cara untuk mendidik anak. Nama buku itu ialah Battle Hymn of the Tiger Mother, ditulis oleh Amy Chua, seorang profesor Universiti Yale, warga Amerika Syarikat berketurunan China.

Dalam mendidik dua orang anak perempuannya, Amy Chua terlalu tegas sehingga mendapat gelaran "ibu harimau". Beliau "memaksa" anak-anaknya berlatih bermain piano sampai jauh malam, dan mendenda anaknya menjawab 2,000 soalan matematik semata-mata sebab anaknya mendapat tempat kedua dalam pertandingan matematik. Pada pandangan beliau, bertegas dengan anak amat penting untuk kemajuan dan pembentukkan peribadi mereka. Sudah tentulah, kalau hendak hasil yang besar, usaha yang diberikan mestilah sama. Bak peribahasa Melayu, apa tampangnya, itulah tumbuhnya. Akan tetapi, gaya asuhan begini dikritik teruk oleh masyarakat di barat, terutamanya di Amerika Syarikat.

Amy Chua (tengah) dan dua anaknya

Sebenarnya, cara Amy Chua mendidik anak itu bukanlah salah, cuma mungkin cara orang timur mendidik anak berlainan dengan cara orang barat. Baik cara timur atau barat, cara mendidik anak ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.

Bagi saudara yang sudah beranak ataupun yang masih belum, silalah jawab soalan berikut.

Soalan 1: Bagi anda yang sudah berkahwin dan beranak, adakah anda bersetuju dengan cara "Ibu Harimau" mendidik anak? Apakah cara yang anda sendiri gunakan untuk mendidik anak anda? Tegas atau bebas?

Soalan 2: Bagi anda yang masih belum beranak, apakah kesan atau pengaruh paling besar daripada didikan ibubapa anda ketika anda masih kecil?

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 20 April nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China