Persahabatan adalah penting bagi kita yang hidup dalam masyarakat. Ada sahabat yang kita sudah kenal sejak kecil lagi, ada sahabat yang kita baru saja kenal. Orang China selalu kata "tambah seorang kawan, tambahlah sebatang jalan". Sebagai kawan, kita patut saling membantu dan menyokong, hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. Apakah kenangan paling manis antara anda dengan kawan anda?
Sekiranya kita menemui kawan yang sama hala tuju hidup, memanglah bertuah. Memilih kawan bukan hal yang patut dipandang ringan sebab pengaruh kawan terhadap hidup kita amat besar. Pepatah China berbunyi "Dekat dengan hitam menjadi hitam; dekat dengan merah menjadi merah". Sekiranya kita selalu bergual dengan orang yang baik budi pekerti, kita akan menjadi orang yang baik juga. Sebaliknya, kalau kita selalu bergaul dengan orang yang jahat, kita pun akan ikut jadi jahat. Orang muda terutamanya, mesti lebih berhati-hati ketika memilih kawan.
Apakah pandangan saudara dalam hal ini? Kalau saudara sudah beranak, bagaimana mendidik atau menasihatkan anak saudara untuk mencari kawan-kawan yang sesuai?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 22 April nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.