Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Sedap & Enak & Lazat"
2011-04-19 13:54:45 CRI Cetak

Bulan Mei akan sampai tidak lama lagi. Di China, bulan Mei dianggap masa untuk semua hidupan berkembang. Manusia, terutamanya kanak-kanak, akan banyak membesar pada masa ini. Jadi, bulan ini sesuai untuk kita makan banyak-banyak!

Budaya China memang banyak melibatkan makan dan makanan. Bila bertanya khabar, kita biasanya akan tanya sama ada orang yang kita sapa itu sudah makan. Dan biasanya orang China berlumba-lumba untuk belanja sahabat-sahabat handai makan.

Walaupun budaya ini mungkin tidak ada dalam budaya lain, tetapi dalam hal mengucapkan terima kasih kepada orang yang masak untuk kita, setiap budaya sama sahaja. Memuji masakan yang kita makan itu cara yang paling baik untuk ucapkan terima kasih kepada tukang masaknya. Dalam bahasa Melayu, kita boleh kata "sedap" atau "enak". Kalau dalam bahasa Mandarin kita kata "hao chi".

Sekiranya anda mengunjungi keluarga orang China, tuan rumah mesti berasa gembira dan berbesar hati sekiranya anda berkata "hao chi" setelah makan masakan yang dihidangkannya.

Selain itu, jika makanan yang kita makan itu dimasak oleh orang yang kita cinta atau sayang, lagi sedap. Betul tak?

Jadi, apakah kenangan manis anda tentang makan atau masak?

Di negara anda, ada apa-apa budaya yang menarik melibatkan makan atau makanan?

Lihat juga
Pandangan Anda?
v Pandangan Anda Mengenai "Peningkatan Jumlah Warga Tua" 2011-04-19 11:52:22
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China