Cari:
Melur: Hari Pertama Lawatan ke Jiangxi
2011-04-21 10:10:00 CRI Cetak
Saya dan Farah bersama rombongan wartawan CRI membuat liputan ke Jiangxi dari 20 hingga 25 April ini.

Penerbangan kami dari Beijing ke Nanchang, ibu provinsi Jiangxi makan masa dua jam. Boleh tahan jauh ya.

Cuaca hari ini panas sangat, walaupun saya tahu Nanchang di bahagian selatan China, tentulah lebih panas daripada Beijing yang berada di utara China, tapi tak sangka sepanas ini. Farah kata, cuaca yang panas ini di Nanchang seperti panasnya di KL.


Sawah padi dan rumah-rumah penduduk tempat di tepi jalan dalam perjalanan kami dari Nanchang ke Gunung Longhu

Tak berapa lama singgah di Nanchang, kami terus pergi ke Gunung Longhu.Untuk makluman anda, Melur perkenalkan sikit tentang Gunung Longhu.

Long bermaksud naga dan Hu bermaksud harimau dalam bahasa Mandarin. Tapi jangan takut ya, ini bukan makna ada naga atau harimau digunung ini. Ada satu pendapat bahawa gunung ini diberikan nama Longhu sebab bentuk batu dan puncak gunung ini mirip naga yang panjang dan berliku-liku serta harimau yang kuat.

Sebenarnya, gunung ini merupakan tempat lahirnya aliran Zhengyi dalam ajaran Tao. Kononnya, pengasas aliran Zhengyi, Zhang Ling pernah tinggal di gunung ini pada zaman Dinasti Donghan. Dinasti Dongshan ini antara tahun 25 dan 220 Masihi.

Matahari dah terbenam ketika kami tiba kawasan peranginan Longhu. Jadi tak sempatlah untuk kami terus mendaki gunung. Kami menginap di sebuah hotel tempatan yang cukup selesa. Besok pagi kami akan pergi mendaki Gunung Longhu. Tak sabar lagi nak pergiļŠ

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China