Di Malaysia memang kaya dengan makanan. Di setiap negeri dalam Malaysia ada "speciality" makanannya.Penang dengan nasi kandarnya, Pahang dengan masak lemak ikan patinnya, Kedah dengan laksanya dan bermacam-macam lagi. Sejujurnya saya memang suka makan kerana Tuhan telah memberi kita deria rasa dan kita semua patut bersyukur kerana dapat merasa pelbagai jenis makanan atau juadah yang lazat. Setiap orang ada citarasanya yang tersendiri, ada yang suka masakan pedas, ada yang suka manis dll. Saya paling suka masakan ibu saya. Walaupun ada hari-hari yang masakannya ok2 saja tapi masakan daripada air tangan ibu saya membuatkan saya tambah tiga pinggan nasi.